Condemn Israel!!!!!

Monday, March 1, 2010

Tudung UMNO.......??????

Minggu lepas saya sempat terbaca beberapa tulisan dalam laman web yang pada saya ianya ibarat sindiran sekaligus ajakan kepada seseorang yang berprofail tinggi untuk memakai hijab, dalam hal ini tudung kepala. Amat disayangkan ada pula yang seakan mempersendakan ajakan ke arah kebaikan berkenaan dengan menyatakan bahwa apabila beliau bertudung kepala, "dikuatiri" ramai yang akan melabelnya sebagai tudung UMNO.

Lama saya pikirkan maksudnya. Pada saya benda ni terlalu remeh nak diperkatakan,tapi adalah satu kesilapan apabila kita tidak membaiki persepsi masyarakat mengenai nilai sebuah tudung kepala. Kalau dalam dunia politik, anda nak "berpecah', mengikut haluan masing-masing, itu saya tak kisah, tapi kalau bab Islam dan pelaksanaanya, jika ianya kerap sangat dipersendakan oleh sesama Muslim sendiri, bimbanglah pula saya, kita semua, hatta yang tak berdosa, terkena "adzab" Nya.

Pada saya, secara pribadi,prinsipnya senang sahaja:
berselendang kepala, lebih baik dari tidak menutup kepala sama sekali.
bertudung kecil, lebih baik dari sekedar berselendang kepala
bertudung labuh, lebih baik dari sekedar bertudung kecil
demikian seterusnya.

Meski ajaran Islam syamil dan kamil sifatnya, tapi dalam pelaksanaannya , tidak boleh terlalu dipaksa-paksakan, selagi dalam batasan yang fitrah. Ertinya, ada hukum hakam yang patut disegerakan, ada juga hukum hakam yang pelaksanaanya bertahap, termasuklah dalam pemakaian tudung kepala ini.

Sepatutnya tidak timbul istilah tudung UMNO atau tudung PAS dek kerana pandangan politik yang berbeza. Hukum Islam hendaklah dipandang dari sudut pandang sebagai seorang Muslim dan bukan sebagai pengamal atau pengikut mana-mana parti politik. Labuh atau tidak, tidaklah menjadi suatu kesalahan 'fatal', yang penting seseorang itu telah pun "berjinak-jinak' dengan hukum Islam.Di kemudian hari, barulah kita perbetulkan, perkemaskan kembali adab berpakaiannya sedikit demi sedikit, agar tidak timbul pula anggapan bahwa Islam itu "terlalu senang' sehingga boleh "dipijak-pijak".

Kerana itu apapun ajakan atau seruan ke arah kebaikan hendaklah kita sambut dengan serta merta. Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar. Sedangkan Tuhan Maha Pengampun dan Maha Penyayang, mengapa pula insan lemah seperti kita hendak berlagak menghakimi orang lain pula. Mari renung-renungkan. Wallahu'alam.

No comments: