Merdeka bererti
Bebas, lepas dari belenggu penjajahan
Menjadi tuan di tanah sendiri
Menjadi pemimpin anak bangsa sendiri
Bukan merdeka
jika hati terbelenggu angan
jika iman tercalar nafsu
jika ilmu berbalut kejahilan
jika adab meninggalkan tuntunan
Merdeka bererti
Bebas bertindak
Bebas berpendapat
Tapi Ingat.....
Bebas mestilah beradab
Bukan sesuka hati
Bukan merdeka
jika vandalism menjadi asas
jika penipuan menjadi senjata
jika keangkuhan menjadi tunggak
jika Terorism menjadi acuan
Merdeka bererti
Bebas melangkah
Menentukan hala tuju tanah tercinta
Bukan mendendam pada bekas penjajah
tidak pula menjajah sesama kawan
Hakikat merdeka di dalam diri
Menjadi asas pribadi sejati
Bukan setakat membela diri
Tapi juga melindungi sesama insani
Dengan merdeka bebas berdikari
Tentukan nasib dan jati diri
Tapi jangan keangkuhan meliputi diri
Jikalau tidak binasalah nanti.
Merdeka bukan setakat merai
Penuh semarak lagu dan tari
Merdeka semangat yang tak pernah mati
Jangan biar anak bangsa lupa diri
DIRGAHAYU KEMERDEKAAAN REPUBLIK INDONESIA KE-65
SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-53
SEMOGA HUBUNGAN BAIK KEDUA NEGARA BERJIRAN INI TETAP HARMONI DAN BERKEKALAN. AMIN.....
No comments:
Post a Comment