"Osama bin laden mati"...... Rasa macam tak percaya pula. Sama tak percayanya dengan kejadian yang menimpa Saddam Hussain yang mati ditali gantung. Kalau lah benar berita itu,sungguh ianya satu akhir hidup yang tragik. Berbeza dengan USA dan rakyatnya yang menyambut gembira berita itu, meski dikabarkan Obama and the gank sebetulnya masih terkial-kial penuh debaran samada orang yang terbunuh itu benar Osama ataupun bukan. Tambahan pula dengan adanya foto yang dikatakan hasil super impose dan pernah heboh pada tahun 2009.
Pada saya, sosok Osama bin laden adalah sosok insan yang terpesong dari laluan Islam sebenar. Mungkin pada awalnya adalah benar, beliau dan talibannya hanya ingin "berjihad" menentang kuasa USA dan sekutunya. Tapi entah dimana silafnya, sedikit demi sedikit jalan yang mereka lalui mula menyimpang dari tujuan sebenar. Mereka kemudiannya sanggup menghalalkan segala cara untuk menentang kuasa barat dan menegakkan khilafah Islam versi Taliban tentunya. Bukanlah sesuatu yang aneh jika dalam berita disebutkan Taliban memotong telinga atau mebutakan mata petani atau orang awam yang disyaki mata-mata musuh,tanpa menyoal siasat dengan betul. Bagi mereka, hukuman segera perlu ditegakkan agar semua orang tetap tunduk dan setia pada Taliban yang "kononnya' adalah khilafah Islam sebenar di dunia ini. Natijahnya Islam bukan hanya dibenci oleh pihak Barat dan sekutunya, tapi membuat tekanan kepada umat Islam semakin bertambah. Islam menjadi makian dan juga buruan,sangat digeruni dan dianggap agama pengganas. Bak kata pepatah,"Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".Tak salah jika ingin menegakkan hukum Islam dan Khilafah Islamiyyah, tapi biarlah mengikut panduan yang diajarkan Rasulullah SAW. Islam sebagai agama samawi tak pernah mengajarkan berbuat keji dan kejam pada anak-anak, wanita,orang tua dan orang-orang yang tak bersenjata. Lalu dimana dalil aqli dan naqli-nya yang membenarkan bom berani mati di pasar-pasar atau tempat awam lainnya? Natijahnya, ramai umat Islam sendiri menjadi tertanya-tanya samada mereka berada di laluan benar atau tidak dan bahkan ada juga misionaris-misonaris "nakal" yang menggunakan isu ini untuk memurtadkan generasi muda Islam kita. Na'udzubillah.......
Islam adalah agama pembawa rahmat kepada semesta alam. Kerana itulah Rasulullah SAW diperintahkan untuk menyebarkan Islam dengan penuh rahmah dan hikmah, bukan melalui jalan kekerasan. Umat Islam pula ibarat sekumpulan lebah, hanya bertindak jika disakiti. Lalu dimanakah dalil aqli dan naqli-nya yang membenarkan penculikan dan pembunuhan terhadap orang-orang muslim dan non muslim yang dikatakan berkewarganegaraan barat?
Hakikatnya Osama tetaplah Osama, samada beliau dianggap syahid atau tidak,bukan lagi perkara penting. Biarlah Allah ta'ala yang menentukan.Yang pasti, kita harapkan tidak timbul lagi Islam garis keras atau fundamentalis atau pengganas atau apa pun label negatifnya dibawa selepas ini. Semoga "ketiadaan' beliau akan membuka lebih banyak mata bahwa dakwah bil hikmah akan lebih berkesan dan bahwa kekerasan dan keganasan bukanlah laluan yang betul untuk menegakkan Islam.
Jika anda ingin tahu lebih banyak apa itu jihad, apa itu syahid dan bagaimana hukum hakam perang dan khilafah Islamiyyah sebenar, mengapa tidak mempelajarinya dari Hamas dan Hezbollah? Bukankah mereka adalah gerakan dakwah dan jihad paling sempurna di era ini untuk dicontohi? Kerana bukan semata-mata dendam kesumat dan amarah yang menjadi "pembakar" tapi juga keinginan besar untuk meraih kecintaan dari Allah,Rasul dan Ahlul baitnya.
Selepas "ketiadaan" Osama, Obama dan USA ibarat macan tanpa taring. Manakan tidak, meski jutaan kali dikhabarkan mengenai hebatnya strategi dan taktik ketenteraan yang digunakan untuk membunuh osama selepas cubaan demi cubaan selama 10 tahun,ramai lagi yang tertanya-tanya....benarkah Osama itu wujud, mungkinkah beliau hanyalah karakter fiktif ala Tom dan Jerry yang sengaja diada-adakan USA sendiri untuk "masuk bakul, angkat sendiri"?....Mengapa mayat Osama mesti dibuang ke laut? Mana sensitiviti pihak Barat yang kononnya sangat memahami dunia Islam dan mau bersahabat dengan dunia Islam (sebagaimana yang dikatakan oleh Hillary Clinton dalam lawatannya ke malaysia tahun lepas)?.....Tidak sedarkah mereka tindakan sedemikian justeru akan makin memarakkan lagi api kebencian pada Barat dan sekutunya (Jadi Barat patut menyalahkan diri sendiri jika selepas ini bangkit pula Ayman atau siapaun orangnya yang akan meneruskan Islam garis keras;sendiri cari pasal namanya)
Bolehkah USA "hidup" tanpa figur seperti Osama? Tak kiralah siapa yang menjadi presidennya, USA tetap memerlukan "someone to blame",seseorang yang boleh menjadi kambing hitam. Seseorang yang boleh mengangkat nama besar USA sebagai polis dunia yang handal. Mungkin selepas ini tokoh-tokoh dari Iran pula yang menjadi target kerana kedegilannya tunduk kepada kuasa barat...atau mungkin juga tokoh-tokoh dari Korea Utara yang menjadi buruan kerana USA pantang kalah dan dikalahkan bab nuklear dan legasi ketenteraannya...atau mungkin juga Malaysia dan Indonesia kerana mempunyai "terlalu ramai" umat Islam? Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment