Rasulullah SAW mengajarkan pentingnya kesederhanaan dalam hidup, baik dalam perbuatan, lisan mahupun ibadah.Amat disayangkan ramai diantara kita yang menganggap keserhanaan itu sebagai "lekeh" sehingga berpakaian serba tak kemas,kebersihan rumah tak terjaga,serba berantakan. Ada pula yang menganggap kesederhaan itu sudah tidak lagi up to date dengan perkembangan zaman sehingga gaya hidup hedonism yang mengagungkan kebendaan sebagai acuan kejayaan.
Dalam hal ibadah pula, sedar tak sedar ada yang menganggap kesederhanaan itu bererti "malas" sehingga menganggap orang lain yang tidak beribadah "sebanyak" dia adalah rendah martabatnya. Orang tua-tua kata 'sedangkan membenci dan mencinta pun perlu bersederhana.....jangan terlalu membenci sehingga tak nampak kebaikannya, dan jangan pula terlalu mencinta sehingga tak nampak keburukannya. Dalam hal ibadah pula, atau secara amnya dalam bab agama, tak salah kalau kita 'mencintai" mazhab yang kita anuti.
Bukankah di dunia ini ada 5 mazhab yang diperakui(Hambali,Hanafi,Syafi'i,Maliki,Ja'fari)?Tak kisahlah mazhab apa yang anda anuti, janganlah lantas menganggap orang di luar mazhab adalah "kafir" kecuali apabila terlihat jelas penolakan "totalnya" terhadap Allah dan Rasul.Jangan pula kerna terlalu bersemangat dalam beribadah, lantas menganggap orang lain yang tidak atau kurang ibadahnya (secara zhahir) adalah beriman rendah sehingga bersikap mencemuuh orang sedemikian walhal yang boleh menilai iman seseorang itu hanyalah Allah Ta'ala. Jangan pula kerana kebencian kita kepada mazhab lain, lantas bertindak anarkis, memerangkap orang atau kumpulan yang tak sama mazhab sehingga mereka digelar "jahat dan sesat", kecuali apabila telah nyata kesesatannya yang menyebabkannya terkeluar dari Islam seperti Kes Ayah Pin.
Siapa pun kita tak layak mengadili hatta menghakimi orang lain sesuka hati, tapi kita juga hendaklah ingat bahwa beribadah, beragama biarlah bersederhana kerana Allah menyukai ibadah yang sedikit tetapi rutin dikerjakan daripada ibadah yang banyak tetapi jarang atau sekali-sekala dikerjakan.
Kita juga hendaklah ingat bahwa setiap muslim mempunyai kebebasan beribadah tetapi jangan pula kita lupakan bahawa menjaga UKHUWWAH ISLAMIYYAH adalah lebih penting. Kerana tanpa perpaduan sebagai sebuah ummah yang kuat, kita mudah ditumbangkan oleh nilai-nilai negatif dan anasir jahat di luar sana.Siapalah kita tanpa saudara seiman? Ada banyak jalan menuju syurga, tapi yakinlah kita tak mungkin mencapai syurga berseorangan Fikir-fikirkanlah.Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment