Condemn Israel!!!!!

Wednesday, August 22, 2012

Ramadhan:Sudah merdekakah kita?

"Time ramadhan takda syaithan tau....". Meski disampaikan dengan nada gurauan ayat itu ada kebenarannya. Semua ulama sepakat bahwa pada Bulan ramadhan semua syaithan diikat, dirantai.Jadi kalau kita nak tahu bagaimana "rupa sebenar' seseorang itu, bulan ramadhan adalah  masa yang paling sesuai

"Kalau bukan bulan puasa....tak laratlah saya nak puasa sorang-sorang". Ayat ini pun munasabah. Ketika bulan Ramadhan, semua orang beribadah bersama-sama. Bersahur,berbuka puasa, sholat, membaca Al qur'an dan lain-lain ibadah dilakukan dengan hati yang lapang, kerana dilakukan bersama-sama.Tapi di luar bulan Ramadhan, ibadah sedemikian sungguh berat untuk dilaksanakan,terlalu banyak godaaan, dugaan dan cabarannya.

Pada bulan Ramadhan semua nafsu boleh dikekang. Tak larat nak marah, tak larat bergaduh bahkan silap-silap tak larat ibadah dek kerana puasa, perut lapar.Tapi apa yang berlaku di luar Ramadhan, mungkin kerana "terlebih energi",semua benda boleh buat.Harap-harap ianya benda yang baik dan elok belaka. Amin......

Sikit hari lagi nak menyambut hari Merdeka. Hm, masa tu pun elok juga kalau nak tengok perangai sebenar seseorang. Bagi yang jenis munasabah, hari istimewa itu akan disambut dengan penuh maruah,serba sederhana dan berpada-pada. Tapi bagi jenis yang nak tampil "istimewa" pula,bukan setakat menjerit-jerit tak tentu hala dan lepak sampai pagi , tapi juga buat onar, mengganggu ketenteraman awam.
Jika demikian, dimanakah nilai puasa yang sudah dilakukan? Takkanlah setitis  iman pun tak boleh meresap dalam Qalbu sanubari? Apakah sememangnya inilah kita,bak cameleon,boleh berubah-ubah mengikut peradaran masa. Hari baik bulan baik, boleh jadi orang baik. Hari lain pula boleh buat suka-suka.

Mari kita sama-sama muhasabah diri, menilai kembali samada Ramadhan kali ini sudah benar-benar memerdekakan kita dari semua jenis penghambaan ataukah ianya hanya sekedar rutin ibadah tahunan yang hanya akan berakhir apabila kita "dipanggil" ke Rahmatullah. Wallahu'alam.

NB: Teriring doa buat arwah ibunda mertua tercinta, Che Amnah bt Mohd. Daud
       (24 Nov 1938 - 6 Jun 2012)

No comments: