Let's turn over a new leaf...............itu antara english idiom yang kerap diguna sempena tahun baru. Cuma sekarang ni saya tengah berfikir, betulkah kita boleh menghapus semua sejarah "hitam" dan memulakan "bright future" tanpa sebarang "gangguan"?
Tengok saja dunia ini. Israel asyik mengebom Palestine seolah-olah itulah cara mereka meraikan kedatangan tahun 2009. Yang paling buat marah ialah "kemandulan" PBB yang hanya boleh mengeluarkan resolusi, resolusi dan resolusi saja. Itu pun kalau tak kena veto oleh negara-negara pemegang hak veto seperti US dan sekutunya. Negara Arab pula seakan buat bodoh. Kadang ada juga saya pikir mereka ni tak bersyukur kerana Al Quran diturunkan di tanah Arab,tapi depa tak reti nak guna pun. Yang paling parah, sikap Mesir yang dalam diam tak diam seakan menyokong tindakan Israel. Tak pasti depa ni memang ada kepentingan sama atau memang jenis pengecut yang tak reti lagi makna jihad fi sabilillah. Walllahu'alam. Kalau dipikir-pikir pun rasa letih juga nak marah, tapi setidaknya "penolakan hati" boleh menjadi pembeza antara kita dengan orang-orang yang zalim.
Dalam negara pula, senario politik, saya tak berapa reti. Apa yang pasti hakikatnya rakyat makin dihimpit oleh kesempitan hidup. Agaknya para pemimpin kita perlu kerap turun padang. Bukan setakat tanya ini dan itu, janji ini dan itu tapi benar-benar memberikan bantuan yang diharapkan. Rakyat tak perlukan penjelasan yang panjang berjela-jela, rakyat cuma perlukan real solution. Rakyat tak perlukan seminar, debate atau forum ini dan itu, rakyat perlukan bantuan yang benar-benar sampai ke tangan mereka.
Apa yang pasti ada banyak harapan dan impian sempena tahun 2009. Terwujudkah tidak, ianya hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui. Wallahu' alam.
let's share our knowledge,opinion and experiences. May we become better people for ourselves and for people around us.
Condemn Israel!!!!!
Wednesday, December 31, 2008
Sunday, December 28, 2008
Azam
"Apakah azam tahun baru Anda?"
Adakah soalan di atas hanyalah rethorical question or classical question, hanya anda sendiri yang mampu menjawabnya. Mengapa? Kerana ada kalanya sebahagian diri kita sudah pun terlalu jemu dengan pertanyaan serupa yang diulang-ulang saban tahun, tak kiralah soalan itu memang ditanyakan kepada anda secara peribadi atau anda dengar melalui media massa.
Diakui atau tidak sebenarnya bukan soalan itu yang buat kita jemu. Tapi pencapaian kita pada tahun sebelumnya yang mungkin membuat kita dah rasa tak larat nak pikir apa yang akan berlaku di masa hadapan. Mungkin juga prestasi yang kita capai di tahun ini tak berapa memuaskan sebagaimana yang diharapkan, sehingga ada rasa celaru untuk menentukan langkah seterusnya, bimbang akan memberikan hasil serupa atau mungkin lebih teruk lagi.
Kalau nak diskus bab azam ni sebetulnya bukan perkara mudah. Sebab ianya melibatkan kemampuan diri untuk menilai kelebihan dan kekurangan sedia ada sekaligus kondusif tidaknya surrounding untuk menjalankan rancangan masa depan. Ambil contoh paling mudah, kalau seorang pelajar ditanya apa azam tahun baru anda, secara otomatik ia kan menjawab yang dia nak dapat A dalam semua subjek. Cakap memang mudah, tapi untuk sampai ke arah itu, perlu kerja keras, disiplin dan ketekunan. Itu pun kena ambil kira pula persekitaran dalam sekolah, rumah dan hubungan yang baik dengan rakan-rakan, guru dan Tuhan tentunya, sebab Dia lah yang Maha Berkuasa. Sebarang "kekurangan" sedikit sebanyak akan mempengaruhi pencapaian azam. Adakah seorang pelajar itu mampu menerima hakikat yang dia tak boleh dapat A dalam semua subjek, itupun patut diambil kira sebagai azam juga. Yaitu azam untuk menerima apapun hasil yang akan didapat setelah berusaha dengan sungguh-sungguh.
Apa yang penting sebenarnya adalah bahwa azam memerlukan perancangan dan hendaklah bersesuaian dengan realiti semasa. Ertinya, ukur baju dibadan sendiri. Jadi, pandai-pandailah.

Saturday, December 27, 2008
Sensitivity
Beberapa hari ini umat Islam Malaysia dikejutkan dengan kehadiran blog yang menghina Nabi Muhammad SAW. Agaknya inilah jenayah siber terbaru, setidaknya menambah senarai penyalahgunaan teknologi internet. Bukan setakat skim cepat kaya, "sedut" duit account, tapi juga nak tipu pun boleh guna teknologi ini. Kalau nak dikatakan inilah bad side of high technology pun tak boleh juga, sebab dalam dunia ni benda yang baik kalau digunakan untuk buat jahat sebetulnya kena kembali kepada niat pengguna juga. Bukan teknologi yang salah, tapi pengguna lah yang menggunakan teknologi sedia ada untuk perkara yang tidak baik.
Yang saya tahu kes blog tersebut sedang dalam siasatan polis dan Menteri penerangan. Tapi kalau nak ikut logik kan, kalau benar itu budak yang buat agaknya memang bodoh kan , sebab mendedahkan maklumat peribadi. Sebab silap hari bulan tak pasal-pasal dia mungkin kena "hukum bunuh" oleh pihak-pihak yang terlalu cintakan Rasulullah SAW. Tapi kan, kalau ada pihak yang sengaja menggunakan identiti budak tu untuk buat blog jahat tu, memang zalim lah depa tu. Kita doakan semoga Allah menghukum mereka yang zalim itu.
Apa yang pasti, dalam kes ini, saya masih boleh nampak sensitivity umat Islam. Itu ertinya, dalam keadaan yang bagaimanapun umat Islam kita masih mahu ambil tahu bab agamanya. Tak kiralah mereka menjalankan ibadah Islam secara utuh atau tidak, bertudung atau tidak, atau bahkan tengah sibuk dengan tugas harian atau tidak. Pada saya itu sudah merupakan markah plus. Tetapi perlu juga diingat, tak kira apapun kes berkenaan Islam, umat Islam hendaklah selalu berada dalam keadaan "waras". Ertinya, janganlah pula menggunakan vandalism atau yang sejenisnya untuk meluahkan rasa marah atau kebencian. Hati boleh panas, tapi otak kena selalu dingin, supaya segala masalah dapat diselesaikan dengan solusi terbaik bagi semua pihak. Janganlah pula umat Islam menjadi umat yang terlalu mudah menghukum seseorang atau golongan tertentu. Siasat dulu betul tak betul perkara yang sedang berlaku supaya tidak ada pihak yang teraniaya dek kerana kita nak cari punca masalah.
Apapun, mari kita ambil sikap bertenang dan sama-samalah kita selalu menjaga agama kita dengan sebaik-baiknya. Wallahu'alam.

Saturday, December 20, 2008
Wind Of Change
Saya amat meminati lagu Wind of Change dari kumpulan Scorpion. Apatah lagi ketika itu lagu itu begitu popular dan bertepatan masa dengan runtuhnya tembok Berlin. Ada banyak harapan yang tersirat di dalamnya. Harapan untuk semua, untuk dunia.
Dalam beberapa hari saja lagi, tahun 2008 akan melabuhkan tirainya. Akan tetapi mungkin ada begitu banyak persoalan yang belum bertemu jawaban dan ada begitu banyak masalah yang belum diketahui solusinya. Tak kiralah ia berkenaan dengan individu sendiri, keluarga bahkan mungkin masyarakat sekeliling kita.Kalau nak tengok keadaan dunia ini pun lagi naik pening. Tak terdaya tangan nak menolong hamba-hamba Allah jauh di negara lain yang sedang ditimpa kesusahan yang seakan bertali arus. Tak habis-habis menitiskan darah dan air mata. Bergadai nyawa demi maruah dan sekeping roti. Setakat doa, mungkin itu yang boleh kita beri. Tapi, ikhlas kah doa yang kita panjatkan untuk mereka? Itu iman masing-masing yang boleh mengukurnya.
Mungkin ada yang beranggapan: ah, tak payah fikir sangat. Itu depa punya hal. Tapi sebetulnya anggapan seperti itu pun tak betul juga. Mengapa? kerana mungkin saja perkara serupa boleh berlaku atas diri kita. Kalau sudah begitu, tentu kita pun tak mau orang lain buat tak peduli pula kan?
Apa yang pasti, Tuhan masih memberi kita masa untuk berfikir dan bertindak, di jalan yang betul tentunya. Setidaknya lakukan yang terbaik dan terdaya untuk diri sendiri dan orang-orang sekeliling kita. Muhasabah, itulah yang perlu kita lakukan. Meneliti silap dan salah selama ini dan merancang better future.

Thursday, December 4, 2008
Bush mengaku silap?
Nak muntah, mungkin itu gambaran yang paling tepat kalau sebut pasal Bush. Manakan tidak, seorang yang berada di tampuk kuasa tertinggi negara Uncle Sam itu, masih sempat nak menyalahkan maklumat yang diterimanya sehingga menyebabkan kehancuran bumi Iraq.
Irresponsible / Tak bertanggung jawab, Saya yakin itulah label yang boleh kita berikan pada Bush. Samada dia betul-betul kesal dengan yang berlaku atau sekadar kepura-puraan, hakikatnya ia adalah helah untuk "cuci tangan" dari darah rakyat Iraq.
Dalam banyak perkara, meminta maaf atau ungkapan kesal saja takkan cukup untuk mengubat luka rakyat Iraq. Itu kalau kita nak sebut satu kes. Kes-kes lain pula seperti di Afganistan? Bolehkah Bush minta maaf dan mengaku silap? Sebab hakikatnya apa yang dia lakukan dan apa yang dia suruh orang lain untuk lakukan adalah dilakukan secara sedar. Dengan pertimbangan akal "berkaliber tinggi" dan ego "world police" nya. Bolehkah itu dikira silap juga?

Bogel: Masih bertamadunkah kita?
Saya tak pasti samada dunia dah nak kiamat atau manusia zaman ini sudah bosan dengan kecanggihan teknologi. Kalau orang buat mogok makan, mogok kerja atau demonstrasi jalanan sekalipun, hakikatnya ia masih boleh diterima oleh akal. Mengapa sebab apa yang dibuat itu masih dalam "lingkaran fitrah". Tapi kalau dah berani bogel depan khalayak ramai, walaupun setakat ini masih dalam bentuk ugutan semata-mata, rasanya ia sudah terkeluar dari fitrah itu sendiri. Kalau sudah begitu, apa bezanya manusia dengan haiwan?
Saya pasti yang saya tak boleh menilai iman seseorang dari luarannya sahaja. Tapi saya pasti orang yang berani bogel hanya kerana inginkan tuntutannya dipenuhi adalah manusia yang tak ada iman. Sebab kalau ada iman, mereka takkan buat benda-benda diluar ajaran agama. Dalam konteks ini, tak kiralah mereka menganut agama apa. Saya yakin dan percaya tak ada agama di dunia ini yang membenarkan perkara sedemikian berlaku.
Tapi kan, kalau ya pun tak ada iman, mereka ni dikira tak ada akal jugakah? Dah tak ada cara lain kah untuk menyalurkan pendapat? Sampai sanggup ugut nak berbogel ria. Masih banyak cara boleh digunakan. Gunakan akal untuk berfikir, sebab memang itulah tujuan Tuhan berikan akal pada manusia. Untuk berfikir!!!!!!
Kalau ya pun tak ada akal, tak ada rasa malu lagikah dalam hati mereka ini? Lalu apa bezanya mereka dengan segolongan manusia lain yang sanggup berbogel dalam majalah dan internet kerana harapkan habuan?
Kalau berbogel sudah dijadikan satu-satunya pilihan untuk mendapatkan apa yang di nakkan, rasanya 1000 kali pikir pun tak kan habis. Wallahu'alam.

Subscribe to:
Posts (Atom)