Beberapa hari ini umat Islam Malaysia dikejutkan dengan kehadiran blog yang menghina Nabi Muhammad SAW. Agaknya inilah jenayah siber terbaru, setidaknya menambah senarai penyalahgunaan teknologi internet. Bukan setakat skim cepat kaya, "sedut" duit account, tapi juga nak tipu pun boleh guna teknologi ini. Kalau nak dikatakan inilah bad side of high technology pun tak boleh juga, sebab dalam dunia ni benda yang baik kalau digunakan untuk buat jahat sebetulnya kena kembali kepada niat pengguna juga. Bukan teknologi yang salah, tapi pengguna lah yang menggunakan teknologi sedia ada untuk perkara yang tidak baik.
Yang saya tahu kes blog tersebut sedang dalam siasatan polis dan Menteri penerangan. Tapi kalau nak ikut logik kan, kalau benar itu budak yang buat agaknya memang bodoh kan , sebab mendedahkan maklumat peribadi. Sebab silap hari bulan tak pasal-pasal dia mungkin kena "hukum bunuh" oleh pihak-pihak yang terlalu cintakan Rasulullah SAW. Tapi kan, kalau ada pihak yang sengaja menggunakan identiti budak tu untuk buat blog jahat tu, memang zalim lah depa tu. Kita doakan semoga Allah menghukum mereka yang zalim itu.
Apa yang pasti, dalam kes ini, saya masih boleh nampak sensitivity umat Islam. Itu ertinya, dalam keadaan yang bagaimanapun umat Islam kita masih mahu ambil tahu bab agamanya. Tak kiralah mereka menjalankan ibadah Islam secara utuh atau tidak, bertudung atau tidak, atau bahkan tengah sibuk dengan tugas harian atau tidak. Pada saya itu sudah merupakan markah plus. Tetapi perlu juga diingat, tak kira apapun kes berkenaan Islam, umat Islam hendaklah selalu berada dalam keadaan "waras". Ertinya, janganlah pula menggunakan vandalism atau yang sejenisnya untuk meluahkan rasa marah atau kebencian. Hati boleh panas, tapi otak kena selalu dingin, supaya segala masalah dapat diselesaikan dengan solusi terbaik bagi semua pihak. Janganlah pula umat Islam menjadi umat yang terlalu mudah menghukum seseorang atau golongan tertentu. Siasat dulu betul tak betul perkara yang sedang berlaku supaya tidak ada pihak yang teraniaya dek kerana kita nak cari punca masalah.
Apapun, mari kita ambil sikap bertenang dan sama-samalah kita selalu menjaga agama kita dengan sebaik-baiknya. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment