Condemn Israel!!!!!

Thursday, December 4, 2008

Bush mengaku silap?

Nak muntah, mungkin itu gambaran yang paling tepat kalau sebut pasal Bush. Manakan tidak, seorang yang berada di tampuk kuasa tertinggi negara Uncle Sam itu, masih sempat nak menyalahkan maklumat yang diterimanya sehingga menyebabkan kehancuran bumi Iraq.

Irresponsible / Tak bertanggung jawab, Saya yakin itulah label yang boleh kita berikan pada Bush. Samada dia betul-betul kesal dengan yang berlaku atau sekadar kepura-puraan, hakikatnya ia adalah helah untuk "cuci tangan" dari darah rakyat Iraq.

Dalam banyak perkara, meminta maaf atau ungkapan kesal saja takkan cukup untuk mengubat luka rakyat Iraq. Itu kalau kita nak sebut satu kes. Kes-kes lain pula seperti di Afganistan? Bolehkah Bush minta maaf dan mengaku silap? Sebab hakikatnya apa yang dia lakukan dan apa yang dia suruh orang lain untuk lakukan adalah dilakukan secara sedar. Dengan pertimbangan akal "berkaliber tinggi" dan ego "world police" nya. Bolehkah itu dikira silap juga?

No comments: