"Apakah azam tahun baru Anda?"
Adakah soalan di atas hanyalah rethorical question or classical question, hanya anda sendiri yang mampu menjawabnya. Mengapa? Kerana ada kalanya sebahagian diri kita sudah pun terlalu jemu dengan pertanyaan serupa yang diulang-ulang saban tahun, tak kiralah soalan itu memang ditanyakan kepada anda secara peribadi atau anda dengar melalui media massa.
Diakui atau tidak sebenarnya bukan soalan itu yang buat kita jemu. Tapi pencapaian kita pada tahun sebelumnya yang mungkin membuat kita dah rasa tak larat nak pikir apa yang akan berlaku di masa hadapan. Mungkin juga prestasi yang kita capai di tahun ini tak berapa memuaskan sebagaimana yang diharapkan, sehingga ada rasa celaru untuk menentukan langkah seterusnya, bimbang akan memberikan hasil serupa atau mungkin lebih teruk lagi.
Kalau nak diskus bab azam ni sebetulnya bukan perkara mudah. Sebab ianya melibatkan kemampuan diri untuk menilai kelebihan dan kekurangan sedia ada sekaligus kondusif tidaknya surrounding untuk menjalankan rancangan masa depan. Ambil contoh paling mudah, kalau seorang pelajar ditanya apa azam tahun baru anda, secara otomatik ia kan menjawab yang dia nak dapat A dalam semua subjek. Cakap memang mudah, tapi untuk sampai ke arah itu, perlu kerja keras, disiplin dan ketekunan. Itu pun kena ambil kira pula persekitaran dalam sekolah, rumah dan hubungan yang baik dengan rakan-rakan, guru dan Tuhan tentunya, sebab Dia lah yang Maha Berkuasa. Sebarang "kekurangan" sedikit sebanyak akan mempengaruhi pencapaian azam. Adakah seorang pelajar itu mampu menerima hakikat yang dia tak boleh dapat A dalam semua subjek, itupun patut diambil kira sebagai azam juga. Yaitu azam untuk menerima apapun hasil yang akan didapat setelah berusaha dengan sungguh-sungguh.
Apa yang penting sebenarnya adalah bahwa azam memerlukan perancangan dan hendaklah bersesuaian dengan realiti semasa. Ertinya, ukur baju dibadan sendiri. Jadi, pandai-pandailah.
No comments:
Post a Comment