Saya tak pasti samada dunia dah nak kiamat atau manusia zaman ini sudah bosan dengan kecanggihan teknologi. Kalau orang buat mogok makan, mogok kerja atau demonstrasi jalanan sekalipun, hakikatnya ia masih boleh diterima oleh akal. Mengapa sebab apa yang dibuat itu masih dalam "lingkaran fitrah". Tapi kalau dah berani bogel depan khalayak ramai, walaupun setakat ini masih dalam bentuk ugutan semata-mata, rasanya ia sudah terkeluar dari fitrah itu sendiri. Kalau sudah begitu, apa bezanya manusia dengan haiwan?
Saya pasti yang saya tak boleh menilai iman seseorang dari luarannya sahaja. Tapi saya pasti orang yang berani bogel hanya kerana inginkan tuntutannya dipenuhi adalah manusia yang tak ada iman. Sebab kalau ada iman, mereka takkan buat benda-benda diluar ajaran agama. Dalam konteks ini, tak kiralah mereka menganut agama apa. Saya yakin dan percaya tak ada agama di dunia ini yang membenarkan perkara sedemikian berlaku.
Tapi kan, kalau ya pun tak ada iman, mereka ni dikira tak ada akal jugakah? Dah tak ada cara lain kah untuk menyalurkan pendapat? Sampai sanggup ugut nak berbogel ria. Masih banyak cara boleh digunakan. Gunakan akal untuk berfikir, sebab memang itulah tujuan Tuhan berikan akal pada manusia. Untuk berfikir!!!!!!
Kalau ya pun tak ada akal, tak ada rasa malu lagikah dalam hati mereka ini? Lalu apa bezanya mereka dengan segolongan manusia lain yang sanggup berbogel dalam majalah dan internet kerana harapkan habuan?
Kalau berbogel sudah dijadikan satu-satunya pilihan untuk mendapatkan apa yang di nakkan, rasanya 1000 kali pikir pun tak kan habis. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment