Let's turn over a new leaf...............itu antara english idiom yang kerap diguna sempena tahun baru. Cuma sekarang ni saya tengah berfikir, betulkah kita boleh menghapus semua sejarah "hitam" dan memulakan "bright future" tanpa sebarang "gangguan"?
Tengok saja dunia ini. Israel asyik mengebom Palestine seolah-olah itulah cara mereka meraikan kedatangan tahun 2009. Yang paling buat marah ialah "kemandulan" PBB yang hanya boleh mengeluarkan resolusi, resolusi dan resolusi saja. Itu pun kalau tak kena veto oleh negara-negara pemegang hak veto seperti US dan sekutunya. Negara Arab pula seakan buat bodoh. Kadang ada juga saya pikir mereka ni tak bersyukur kerana Al Quran diturunkan di tanah Arab,tapi depa tak reti nak guna pun. Yang paling parah, sikap Mesir yang dalam diam tak diam seakan menyokong tindakan Israel. Tak pasti depa ni memang ada kepentingan sama atau memang jenis pengecut yang tak reti lagi makna jihad fi sabilillah. Walllahu'alam. Kalau dipikir-pikir pun rasa letih juga nak marah, tapi setidaknya "penolakan hati" boleh menjadi pembeza antara kita dengan orang-orang yang zalim.
Dalam negara pula, senario politik, saya tak berapa reti. Apa yang pasti hakikatnya rakyat makin dihimpit oleh kesempitan hidup. Agaknya para pemimpin kita perlu kerap turun padang. Bukan setakat tanya ini dan itu, janji ini dan itu tapi benar-benar memberikan bantuan yang diharapkan. Rakyat tak perlukan penjelasan yang panjang berjela-jela, rakyat cuma perlukan real solution. Rakyat tak perlukan seminar, debate atau forum ini dan itu, rakyat perlukan bantuan yang benar-benar sampai ke tangan mereka.
Apa yang pasti ada banyak harapan dan impian sempena tahun 2009. Terwujudkah tidak, ianya hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui. Wallahu' alam.
No comments:
Post a Comment