Condemn Israel!!!!!

Friday, June 19, 2009

Bid'ah Modern

Petang tadi 2 orang rakan datang bertandang. Belum pun sempat memulakan perbualan panjang, salah sorang dari mereka menerima SMS, dari seorang rakannya. Isi SMS itu adalah seuntai doa tanpa terjemahan, tapi yang menakutkan adalah ayat seterusnya. Tertulis di situ "ancaman" bagi orang yang delete SMS itu , apalagi tanpa mem-forwad SMS itu, akan mendapat bala' bencana serta merta, dalam tempoh beberapa jam sahaja. Alahai, takutnya!

Sebetulnya saya pun pernah beberapa kali menerima SMS serupa tapi dengan untaian doa yang berbeza dan ayat ancaman yang agak berlainan tapi maksudnya lebih kurang sama. Pada saya, benda begini tak patut dilayan. Siapa anda, sehingga boleh menjatuhkan hukuman kepada orang yang tak forwad SMS itu. Hatta ulama pun tak pernah pulak keluar fatwa yang mewajibkan memforwad SMS sedemikan.

Apa yang akan berlaku sekiranya setelah memforwad SMS itu, sampai 10 kali pula tu, tiba-tiba bala' bencana menimpa anda. Anda nak marahkan Tuhan kah? Kononnya Tuhan ingkar janji.

Saya tak pasti apa muslihat di sebalik SMS yang sekilas nampak bertujuan baik tapi sebenarnya boleh memesongkan aqidah kita, kerana mempercayai sesuatu yang tidak ada dalilnya dalam Al Quran dan Al Hadist. Lainlah kalau ada berlaku kematian rakan handai atau ulama, lalu orang hantar SMS untuk memberikan kabar kematian itu dan minta kita memforward SMS itu kepada orang lain dengan tujuan supaya orang tahu dan datang ke tempat orang yang mendapat musibah kematian itu, atau paling tidak pun SMS itu menyeru kita untuk menghadiahkan Al Fatihah kepada si mati, itu lain cerita.

Apapun, dalam zaman yang serba canggih ini, ada banyak perkara yang perlu kita pikir dulu berulang-ulang sebelum kita buat. Apalagi kalau benda tu berkaitan dengan ibadah dan aqidah. Bimbanglah yang mungkin tanpa sedar,dek kerana kecanggihan teknologi, kita pula terjerumus dalam perkara-perkara yang membatalkan IMAN. Na'udzubillah.

No comments: