Condemn Israel!!!!!

Monday, June 29, 2009

Menjemput "Maut"

Secara pribadi saya tak berapa setuju dengan pelawaan PM Malaysia kepada Obama untuk melawat Malaysia. Rasanya macam menjemput "maut". Kalaulah saya boleh memberi gelaran yang agak keras, Obama itu "Hitam-hitam Amerika juga". Dulu yang dinamakan orang Amerika identik dengan orang-orang berkulit putih seperti penjenayah perang George W Bush. Sekarang ni, tak kiralah warna kulitnya dah jadi hitam pun, kalau namanya Amerika, mentalitinya juga ala Amerika juga.

Pada awal kemenangannya, ramai yang menumpukan sepenuh harapan yang Obama akan jadi "mahluk Amerika" yang berbeza, dalam pengertian......mampu mengubah sistem dajjal yang digunapakai Amerika untuk membinasakan mana-mana negara atau ideologi yang tak sehaluan dengannya. Tapi rasanya sekarang ni, punahlah sudah harapan. Sikap keras yang ditunjukkannya pada beberapa Negara Islam, walaupun mulutnya kata nak "berbaik-baik" dengan Islam, membuktikan takkan pernah ada wind of change sebagaimana yang diharapkan.

Amerika akan tetap menjadi Amerika, dengan segala ego dan keangkuhannya. Terus terang, saya tak nak terima apapun pujian yang Obama dan Amerika berikan pada Malaysia. Pujilah setinggi langit, saya yakin ramai orang yang tak percaya kerana mesti ada udang di sebalik batu, ibarat film di pawagam, tunggu saja bila nak ditayangkan.

Saya cuma berharap, pelawaan PM hanya sekedar basa-basi, manis mulut sahaja. Kerana kalau tidak, tunggulah pula masanya Malaysia pula akan dijadikan object untuk diporak-porandakan, apalagi dengan bilangan muslim yang cukup banyak di negara ini. Itu pun sudah cukup untuk menjadi alasan kukuh untuk membuat negara ini jadi lebih huru-hara. Wallahu'alam.

No comments: