Condemn Israel!!!!!

Monday, June 29, 2009

UMNO-PAS: Tak Mungkin Bersatu

Penolakan halus UMNO terhadap Jemputan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz untuk berdebat dengan PM Malaysia sebetulnya boleh dilihat dari berbagai sudut. Apa yang saya hendak kemukakan di sini, bukanlah satu kecaman atau memihak mana-mana parti. Sekadar menyampaikan apa yang bermain-main di minda rakyat seperti saya.

Ramai yang menganggap penolakan UMNO menandakan ketidakmampuan UMNO untuk menjawab isu utama yang akan dilontarkan oleh pihak PAS. Ramai pula yang beranggapan UMNO terlalu angkuh untuk duduk semeja dengan PAS kerana ideologi nasionalism-nya. Ramai pula yang beranggapan bahwa penolakan itu bererti UMNO hakikatnya tidak sehaluan sesama sendiri, dalam pengertian ada perpecahan internal yang masih belum boleh diselesaikan. Ramai pula yang beranggapan UMNO sampai bila-bila pun sememangnya nak jadi yang "pertama dan Utama", tanpa campur tangan mana-mana parti lain.

Tapi kan sebetulnya, rakyat dah muak dah dengan perangai UMNO dan juga PAS. Rakyat tak boleh mengerti apa benda sebetulnya yang membuat UMNO dan PAS asyik berbalah. Nak dikata ada benda yang tak sehaluan, apa benda yang tak sehaluan tu sebetulnya? Susah sangat kah UMNO nak terima PAS kerana ada Islam didalamnya dan susah sangat kah PAS nak terima UMNO kerana nasionalism yang melampau.

Kalau dipikir lagi, saya lebih suka UMNO tetap UMNO, PAS tetap PAS. Tak payah bersatu. Biar salah satu jadi pembangkang. Walau mungkin agak susah nak difahami, pembangkang perlu ada dalam mana-mana negara pun. Sebab pembangkang adalah pihak yang mampu berpikir di luar kotak. Kalau dah semua pikir satu jenis macam mana negara boleh maju.Tak begitu?

Dari pada pening-pening membahas bila dan macam mana nak menyatukan UMNO dan PAS rasanya elok masing-masing tumpu pada tugas masing-masing. Tugas apa, sendiri tahulah. Yang penting mari kita semarakkan "beradab dalam politik dan politik yang beradab". Sudah bukan masanya untuk menggunakan taktik kotor,walaupun niatnya konon untuk kebaikan. Takutlah pada Tuhan. Walaupun mungkin anda bukan Muslim, tentu anda pun ada Tuhan juga kan?

Kepada UMNO, kalau boleh rakyat nak UMNO menjadi sebuah parti yang "bersih". Sebab rasanya bukan setakat noda dan calitan kotor kecil sahaja yang melekat pada UMNO sekarang, tapi juga darah dan nanah politik yang busuk dan menjijikkan. Sudah masanya UMNO lebih fokus untuk "membersihkan diri" agar kepercayaan rakyat kembali kepadanya seperti ketika awal kemerdekaan dulu.

Kepada PAS, rasanya sekarang nampak PAS lebih suka main politik sehingga tarbiyah ummat agak berkurang timbangannya. Jangan begitu. Kalau bukan PAS yang nak memulihkan aqidah dan memperbaiki akhlak ummat, siapa lagi boleh diharap. Ada lagi banyak isu moral dan sosial yang boleh PAS ubati. Politik, politik juga. Tapi jangan sampai mengabaikan tugas hakiki untuk menegakkan Islam dan meluruskan shaf umat Islam yang sudah mulai kucar-kacir.

Akhirnya, tiap insan punya tugas sendiri. Tiap parti juga punya agenda sendiri. Apa yang penting seboleh-bolehnya bekerja samalah dengan cara yang ma'ruf. Ada tersasul sikit tu maafkan. Ada terkasar sikit tu redha kan. Tanamkan niat dalam hati , tak kira anda berada dalam UMNO atau pun PAS, anda berjuang untuk rakyat dan negara. Semoga Allah meredhai kita. Wallahu'alam.

No comments: