Condemn Israel!!!!!

Friday, June 19, 2009

Mini Telekung VS Tudung

Ada satu cerita yang kalau nak dikata kelakar pun tak juga, tapi mungkin.......ridiculous. 3 hari sebelum pergi umrah hari tu, husband ada tanya sama ada beg pakaian dan keperluan lain sudah siap. Lalu dia sendiri buka dan check isi di di dalamnya. "Takkan pi umrah, pakai baju merah, tudung merah kot? Soal my husband. Terkedu saya dibuatnya. Ya tak ya juga. Selalunya kan orang pi sana kalau tak pakai baju putih, baju hitam. Mulalah saya kelam kabut, cari apa saja yang berwarna hitam. Tinggal satu benda yang tak da. Tudung hitam. Walaupun terpaksa juga telinga ni mendengar leteran husband yang bising tak suka last minute shopping, akhirnya petang itu pergi juga kami ke kangar, cari tudung hitam. Untuk anak-anak, Alhamdulillah tak da masalah. Semuanya sesuai dengan size mereka. Untuk saya pula.................

Masuklah kami ke sebuah kedai. Pakcik tu tanya, nak beli apa? Saya tanya balik,"Tudung hitam ada?". "Ada, jawabnya pendek sambil menyuruh pembantunya mengambil tudung yang dimaksud. Tengok dari jauh pun, walaupun hitam, mata saya masih clear lagi, aik.....awat sizenya sama macam tudung budak 2 orang ni? Tapi soalan itu saya simpan dalam hati. Sekilas pandang saya ternampak sesuatu yang berwarna hitam juga. "Saya minat yang itu lah....."kata saya pada pakcik itu sambil menunjuk benda yang dmaksud. Pakcik tu pun kata,"itu mini telekung, bukan tudung", sambil menggapai benda tu dengan muka menyampah.

Aik, sejak bila pula tudung labuh turun derajat jadi mini telekung dan tudung mini naik pangkat jadi tudung? Patutlah selama ini sebut saja tudung labuh, maka yang terbayang adalah mini telekung yang dipakai oleh makcik-makcik kampung, ustadzah PAS (maaf!), budak pondok atau budak yang nak pi sekolah. Tudung pula adalah penutup kepala yang depannya lebih menyerupai topi, keluasannya umpama tarik ke bawah naik ke atas juga sebab size terlalu minim sehingga menampakkan jinjangnya leher si pemakai dan menampakkan dada juga plus loket besar yang tak pasti emas kah zhulian, tapi di pakai oleh golongan berkelas, golongan yang hari-hari pi pejabat dan mensyuarat.

Semasa di Mekah, saya sempat belajar teknik mengikat tudung ala Iran, Pakistan,Arab dan Syiria. Walaupun kesemua teknik lebih kurang sama tapi ada juga letak keunikan hasilnya. Seperkara lagi, ada beberapa teknik mengikat tudung yang diadaptasi oleh orang kita, orang Malaysia, tapi tak kena pada jenis kain dan keluasan kain yang perlu digunakan. Natijahnya, tudung bawal yang dah tak berapa besar tu jadi makin kecil, dah lah nipis pulak tu. Atau tudung jenis cap yang ramai orang pakai sekarang, kononnya macam bienda atau waheeda, dah lah memang kecil, kalau dipakai jadi mengecut pula pada bagian leher dan dada. Agaknya memang orang kita ni kreatif tak bertempat. Tapi kalau kita kata macam tu, mereka marah kita pulak. Kononnya, tak reti seni dan nilai estetik. Bahkan mereka akan kata pulak, kat Arab sana panas, pasal tu depa pakai yang labuh-labuh. Malaysia kan iklim tropik, jadi tak payah lah nak borong kain untuk dijadikan tudung. Alahai, inilah yang dinamakan tak reti ugama. Dah jelas panduan macam mana hijab dalam Islam, masih nak pertikai juga? Na'udzubillah.

Kapada anda di luar sana yang belum bertudung, marilah bertudung dengan sempurna. Takkan nak tunggu rambut dah beruban baru nak pakai tudung kot? Kalau Tuhan lanjutkan usia ke masa itu tak pa jugak, kalau tiba-tiba Tuhan tarik nyawa sebelum sempat bertudung, nak kata apa pun tak upaya.

Kepada anda yang dah bertudung, marilah bertudung dengan sempurna. Nak pakai colour apapun pakailah, janji cukup labuh untuk menutup aurat dari ujung rambut hingga dada. Nak pakai kerongsang emas intan berlian pun pakai lah, janji tudung tu tak nipis sehingga menampakkan rambut dan leher di dalamnya. Nak pakai style artist manapun pakailah, janji anda istiqomah memakainya, bukan setakat bertudung time nak pi kerja atau ke pejabat saja, tapi juga di saat-saat anda berdepan atau berada di sekitar orang yang bukan mahram anda. Wallahu'alam.

No comments: