Condemn Israel!!!!!

Wednesday, August 26, 2009

Ego atau Nasionalism

Semalam saya sempat membaca luahan hati seorang yang menggelar dirinya "sang patriotik muda". Dia marahkan orang asing yang bekerja di ngara ini yang kononnya buat tak peduli ketika lagu Negaraku diperdengarkan dalam sebuah majelis.Katanya lagi, orang asing tu tak reti nak hormat negara yang sudah memberinya rezeki.

Alahai adik, atau lebih elok kalau saya panggil, ananda, dunia ni tak sekecil tapak tangan baby. Macam mana kita nak paksa orang asing nak hormatkan lagu kenegaraan kita kalau depa pun tak tahu yang lagu tu adalah lagu kenegaraan kita. Silap hari bulan, dengar pun depa rasa pelik. Macam lagu biasa je di telinga depa. Itu satu. Yang kedua, cuba tanya diri sendiri, kalau anda dok negara orang, lepas tu anda terdengar lagu kebangsaan negara orang tu, agak-agak anda nak buat apa? Nak berhenti dari menjalankan aktiviti semata-mata nak tunjuk hormat ke negara orang? Silap hari bulan, kalau tak kena tempat, orang pula kata anda buang tabiat, berperangai pelik. Kalau lagu kenegaraan orang tu dalam bahasa Inggris atau bahasa yang anda boleh faham, mungkin masih boleh diambil kira lagi kalau nak tunjuk hormat kat negara orang, tapi cuba kalau lagu tu dalam bahasa China, Thailand, Korea ,Afrika atau bahasa lain yang sepatah kata pun anda tak reti, macam mana nak buat? Pada masa tu, tak seorang pun akan kata anda biadap.

Ketiga, janganlah jadi orang yang sombong sangat, terlalu angkuh sehingga mengecilkan makna keberadaan orang asing di nagara ini. Memanglah Malaysia sumber rezeki depa. Tapi ingat, bumi bertuah ini hanya amanah dari Tuhan pencipta alam. Siapa anda atau saya atau orang lain di luar sana nak menyombong kononnya kitalah sang pemberi rezeki. Ingat kita hanya perantara bukan pemberi rezeki. Hanya Tuhan sang pemberi rezeki. Silap hari bulan sikap angkuh inilah yang akan membuat Tuhan murka lalu menarik balik semua nikmat yang kita ada dalam sekelip mata.

Nasionalism biarlah bertempat. Jangan ego yang menjadi panduan. Kalau kita nak orang lain hormatkan kita, kita kenalah tahu dulu macam mana nak hormatkan orang lain. Tak payah nak tunggu anda melancong ke luar negara. Anda tunjuk sikap berbudi dengan orang asing di negara ini pun dah kira cukup manis. Wanginya akan sampai ke negara lain. Wallahu'alam.

Marhaban Ya Ramadhan

Kami sekeluarga mengucapkan Selamat berpuasa di bulan Ramahan. Semoga amal ibadah kita diterima Allah SWT. Amin.

Saya sedar kelewatan ucapan di atas. Tapi apalah daya, sejak malam pertama menyambut puasa hujan lebat non stop melanda perlis. Hanya pada hari keempat sahaja, cuaca dah mula cerah, meski mendung masih membayangi. Tambahan pula anak sulung demam sejak 2 hari menjelang puasa. Kelam kabut betul dibuatnya. Bimbang terkena H1N1 pula. Tapi alhamdulillah. Sekarang ananda sudah pun mula kebah, meski kini si adik pula kena selesema.

Berpuasa dalam suasana hujan dan sejuk, sudah semestinya menyelesakan. Apa kan tidak, lepas subuh je, ramai yang tidur balik, apalagi hari pertama dan kedua adalah cuti hujung minggu. Lagilah sakan yang nak tidur. Sampai terlupa pula dah nak ashar. Ternyata, adalakanya keselesaan membuat kita terlupa dengan kewajiban dan tugas yang mesti ditunaikan.

Apapun, sudah pun hampir satu minggu kita berpuasa. Semoga kita semakin bersemangat untuk menambah amalan dan ibadah kita. Bukan setakat pikir bila nak raya dan apa nak buat untuk raya. kalau budak kecil nak pikir benda tu, boleh kata tak pa juga. Tapi kalau orang seumur kita, yang dah pun lama hidup dalam dunia ni, kalau masih juga tak buang perangai hodoh dan buruk, rasanya memang keterlaluan. Takkan nak tunggu dekat ajal baru nak tambah amal ibadat kot.

Marilah kita saling menasihati dan saling mengingatkan. Harap-harap dengan cara itu, ramai lagi yang boleh kita bawa ke surga Ilahi. Amin. Wallahu'alam.

Thursday, August 13, 2009

Bahang Raya Sebelum Puasa

"Nak order biskut raya tak?" sebuah sms mengusik saya. Saya balas,"aik, puasa pun belum? Si pengirim membalas," tak pa, order la, senang nanti nak raya." Tergelak besar saya dibuatnya.

Hm, Ramadhan pun tak sampai lagi, dah nak pikir bab raya.Biasalah tu, kerja orang perempuan.Time puasa lah macam-macam benda boleh diniagakan. Mula dari setakat acar pelam sampailah tudung tingkap. Macam-macam ada. Janji bayar.

Dalam masa krisis begini, ramai betul yang ambil peluang berniaga. Tak kiralah berniaga apapun, janji barang halal dan buat dengan cara halal. Tapi seperkara kena diingat, bulan Ramadhan tu bulan untuk beribadah, banyakkan meminta pada Allah. Berniaga di bulan Ramadhan tu tak salah, tapi jangan sampai ianya membuat kita lupa untuk beribadah.

Bagi yang minat berbelanja pula, biarlah membeli barang ikut budget. Ukur kain dibadan sendiri. Jangan sampai lepas raya, dosa tak lupus, utang pula keliling pinggang. Eloklah masa-masa krisis ekonomi ini, kita bermuhasabah. Tak semua benda boleh diukur dengan kebendaan. Hakikatnya bahagia itu letaknya dalam hati bukan pada benda yang kita pakai atau miliki. Wallahu'alam.

Wednesday, August 12, 2009

Musim

Seorang rakan dari Jeju Island bertanya,"Will u be delighted to see me in winter?'. Saya tergelak dibuatnya dan saya jawab," There is no winter in Malaysia, but if u don't like winter, u may come during our dry season."

Teringin pula rasanya saya menambah, there is another season......musim hilang gula dari pasaran. heheheh.... Manakan tidak di Perlis saja nak cari gula pun bukan main susah, alasannya hanya untuk customer tetap sahaja. Alahai, dah nama gula, kedai pun banyak, tak boleh lah beli gula kat satu kedai sahaja. Time lalu kedai A, beli gula kat kedai A. Bulan depan, time lalu kedai B beli pula kat kedai B. Betul tak?

Inilah yang dinamakan typical season, seasonal problem,old-fashioned tactics. Time dekat musim perayaan, ada saja barang hilang dari pasaran. Kalau ada pun, harganya akan terus melambung naik. Kalau nak dikata kurang pengawasan dan penguatkuasaan pun tak juga. Dah semua nak untung, beginilah akibatnya. Lagi satu, tak boleh dinafikan hakikat yang semua mau untung, tak ada yang mau merugi.

Apapun, kalau nak naikkan harga tu biarlah berpatutan. Janganlah sampai menghisap darah. Dahlah sekarang ni kita hidup dalam masa susah, dengan krisis ekonomi dan sebagainya. Jangan sampai ada pihak yang tertindas kalau tidak tentu akan buruk padahnya. Bagi peniaga, eloklah berniaga dengan jujur dan amanah. Nak minta naik harga pun, buatlah dengan cara yang betul, tak payah nak sorok-sorok barang, buat semua orang berkedut tak seronok hati. Bagi para consumer, eloklah kurangkan pengambilan barang-barang tertentu seperti gula,pikirlah juga baik buruknya untuk kesihatan. Bukankah dengan cara ini, semua akan jadi seimbang? Wallahu'alam.

Tuesday, August 11, 2009

Apakah Tuhan Murka?

Sejak menyebarnya virus H1N1 di serata dunia, tentu saja ramai yang tak senang duduk dibuatnya. Tengok saja, mangsa bukan sahaja orang dewasa tapi juga kanak-kanak. Entah di mana silapnya virus ini seakan begitu senang merajalela. Adakah kerana sistem kuarantin yang tak berkesan atau vaksin yang tak mencukupi atau ada kena-mengena dengan ladang babi di negara ini. Rasanya memang sukar nak merungkai punca sebenar dan bagaimana nak menghentikan kesannya seefektif mungkin.

Bukan cuma itu, kes denggi dalam senyap tetap boleh jadi pembunuh. Kalau nak dikata kurang kesedaran untuk membersihkan sekeliling rumah dan kejiranan pun, tak juga betul sepenuhnya. Di tempat bersih pun, boleh kena penyakit ni juga.

Itu baru setakat penyakit, bab bencana alam, taufan, tsunami, gempa dan tanah runtuh pun perlu di ambil kira. Satu demi satu melanda negara di serata dunia. Kalau nak dikata memang dah mengikut musim dan cuaca pun, tak juga ......sebab sebagai orang yang beriman tentu kita harus ingat bahwa di sebalik kuasa besar di alam semesta ini ada lagi kuasa yang paling besar, pemilik segala kuasa yaitu Allah.

Sebagai orang yang beriman eloklah kita beringat bahwa apapun yang terjadi di alam raya ini tentu ada maksud di sebaliknya. Pada saya sebetulnya ia adalah sebuah peringatan dari Ilahi. Cuba anda renungkan mengapa babi diharamkan. Sebab mudaratnya lebih banyak, bahkan terlalu banyak untuk diperkatakan. Tapi kita, manusia yang kerdil ini, masih pula terhegeh-hegeh nak bela babi. Bukankah itu dah dikira menentang hukum Tuhan?

Maaflah, harap-harap tak ada pihak yang terasa hati dengan bahasa kasar saya kali ini. Saya cuma nak anda semua di luar sana faham bahwa hukum Tuhan takkan Dia buat dengan semena-menanya. Ada sebab musabab, ada hikmah, yang mungkin lambat baru kita sedari hikmahnya. Termasuklah juga bab virus H1N1 ini. Kalau setakat yang makan atau bela haiwan ni yang dapat penyakit tu atau mati kerana nya boleh kira tak pa juga, tapi kalau yang meninggal tu, jangankan makan benda tu, tengok haiwan tu pun tak pernah, tidakkah sama ertinya kita sudah membunuh orang yang tak berdosa.

Jadi, apakah Tuhan murka? Jawabannya ada pada diri anda sendiri. Wallahu'alam.

SMS punya pasal

Beberapa hari lepas saya sempat membaca dalam Metro kisah perceraian seorang artis. Kalau nak diikutkan saya sememangnya tak mau tahu sangat bab-bab personal orang lain, tak kiralah artis atau bukan. Tapi dah nama paper depan mata, mau tak mau tertariklah juga nak baca.

Pada saya, benda tu simple sangat kalau nak dijadikan alasan untuk bercerai. Hanya kerana sepotong dua potong ayat dalam SMS. Tapi ya lah, kita tak tahu apa yang sebenarnya berlaku dan tak perlu menyelongkar rahsia hidup orang lain. Biarlah ianya menjadi sesuatu privasi yang perlu dihormati.

Yang hendak saya soroti bukanlah masalah artis itu tetapi lebih kepada soalan mengapa teknologi sedia ada diguna untuk perkara yang tak bertanggung jawab. Entah sudah berapa kali, saya sendiri kerap mendapat sms yang kononnya tersilap number lalu tanya nama apa dan meleret ke benda-benda lain pula. Kekadang teringin saja saya balas sms nakal tu dengan ayat: Ala budak kecik oi, makcik ni dah tua, dah tak larat nak layan benda lagu ni. Dah nak masuk kubur dah........ Tapi kalau dipikir balik, buat apa nak layan, biar pi lah kad prepaid diaorang habis. Yang kita nak membazir sama pun buat apa. Buat tak nampak sudahlah. Betul tak?

Tapi, itu kata orang-orang seperti saya, orang yang tak berapa sibuk dalam dunia ini. Bagi orang lain di luar sana, apalagi yang sedang sibuk atau sedang menanti maklumat penting, perkara sebegini tentulah merimaskan. Rasa nak belasah si pengirim pula.

Apapun dalam hal ini bukan teknologi yang dipersalahkan, tapi orang yang menggunakan teknologi untuk buat benda tak bertanggung jawablah yang sepatutnya mendapat hukuman. Kalau setakat sms nak bagi maklumat akaun atau sales promotion atau IT exhibition, itu masih boleh dikira okey, tapi kalau dah yang melampau-lampau hingga menjurus kepada jenayah atau benda-benda tak bermanfaat, itu patut diwaspadai. Wallahu'alam.

Monday, August 3, 2009

Islamic Story 3: The farmer and his son

One beautiful spring morning, a farmer and his son were taking their donkey to the market in order to sell him. The father and his son were walking along together and the donkey was following them. They had not walked far when they passed a group of girls who were walking in the opposite direction. "Just look at that," laughed one of the girls, pointing to the farmer. "What foolish people! They walk along the road when they could be riding on their donkey!"

The old man quietly told his son to get on the donkey's back and they continued towards the market. Next they passed a group of men sitting by the side of the road, talking among themselves. "See what I mean?", said one of the men, as the farmer and his son passed by. "The young have no respect for their old parents any more. Get down you lazy boy, and let your father rest his legs!"

The son jumped down from the donkey's back and his father got on the donkey. Soon they came across some women and children. "Look at that cruel man!" they exclaimed. "He is riding so fast that the poor boy can hardly keep up with him". The farmer stopped and lifted the boy up behind him.

They continued on their way and had almost reached the market when they met a shopkeeper on the road. "Is that your own donkey"" asked the shopkeeper. "Yes," replied the farmer. "Then I'm surprised at how you are treating him", the shopkeeper said. "Two people on the back of one donkey is too many. He is sure to die from the strain. You should carry him instead!"

By this time, the farmer was getting used to taking other people's advice. He and his son got off the donkey and tied its legs together. Then they put the rope on a long pole and carried the donkey. But their donkey didn't want to be carried and, kicking and struggling, he broke the rope holding his feet. The donkey fell into a river near the road and was drowned. There was nothing the farmer could do except return home. "Next time," said the farmer angrily, "I'll please myself".

Dear Children, What did you learn from this story? Can we really please everyone? If we don't decide for ourselves what is right we will always be troubled. As our Holy Prophet (S.A.W.) said, "Anyone who is given wisdom will reach salvation.

Sya'ban kali ini

Rasanya baru semalam kita berada di bulan Sya'ban. Pejam celik, pejam celik Ramadhan tahun ini dah pun menjelang. Baru teringatlah pula saya ada lagi hutang puasa yang perlu dibayar. Gelabah betul dibuatnya. Ternyata beginilah perangai manusia, saya terutamanya, kalau dah terdesak, desperate sangat, apalagi...... bayar hutang kena buat semua sekali, sampai menggigil dibuatnya takut tak sempat dek kerana berkejaran dengan "jadual khas orang perempuan". Hehehehe......

Apapun, begitulah hakikatnya fitrah manusia, apalagi yang namanya perempuan. Bukan nak cari alasan atau buat excuse atas apa yang berlaku, tapi menjadi perempuan bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak benda kena pikir, sampaikan tak sempat pikir apa yang sepatutnya kena dipikir dahulu. Harap-harap anda fahamlah, apa maksudnya.

Saya menyeru kepada anda semua, khasnya diri saya sendiri, agar memanfaatkan sedikit masa dalam bulan sya'ban ini untuk mempersiapkan diri agar lebih "berjaya" dalam ibadah di bulan ramadhan nanti. Elok juga kalau anda memulakan puasa sunat di bulan sya'ban ini, anggaplah ia sebagai latihan untuk menguatkan fizikal ketika bulan ramadhan nanti.

Apa yang penting adalah.....sepatutnya kita bersyukur kerana Allah masih lanjutkan usia kita hingga ke saat ini. Harap-harap usia badan ini sampai juga untuk membuat ibadah di bulan Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya. Amin.

Akhirnya, secara pribadi saya meminta kemaafan daripada anda semua atas segala silap salah saya dari awal hingga akhir dengan harapan semoga dengan kemaafan dari anda semua, Allah akan memberikan kemudahan kepada saya dan keluarga untuk menjalani ibadah di bulan Ramadhan nanti dengan penuh khusyu dan ikhlas. Wallahu'alam.