"Nak order biskut raya tak?" sebuah sms mengusik saya. Saya balas,"aik, puasa pun belum? Si pengirim membalas," tak pa, order la, senang nanti nak raya." Tergelak besar saya dibuatnya.
Hm, Ramadhan pun tak sampai lagi, dah nak pikir bab raya.Biasalah tu, kerja orang perempuan.Time puasa lah macam-macam benda boleh diniagakan. Mula dari setakat acar pelam sampailah tudung tingkap. Macam-macam ada. Janji bayar.
Dalam masa krisis begini, ramai betul yang ambil peluang berniaga. Tak kiralah berniaga apapun, janji barang halal dan buat dengan cara halal. Tapi seperkara kena diingat, bulan Ramadhan tu bulan untuk beribadah, banyakkan meminta pada Allah. Berniaga di bulan Ramadhan tu tak salah, tapi jangan sampai ianya membuat kita lupa untuk beribadah.
Bagi yang minat berbelanja pula, biarlah membeli barang ikut budget. Ukur kain dibadan sendiri. Jangan sampai lepas raya, dosa tak lupus, utang pula keliling pinggang. Eloklah masa-masa krisis ekonomi ini, kita bermuhasabah. Tak semua benda boleh diukur dengan kebendaan. Hakikatnya bahagia itu letaknya dalam hati bukan pada benda yang kita pakai atau miliki. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment