Kami sekeluarga mengucapkan Selamat berpuasa di bulan Ramahan. Semoga amal ibadah kita diterima Allah SWT. Amin.
Saya sedar kelewatan ucapan di atas. Tapi apalah daya, sejak malam pertama menyambut puasa hujan lebat non stop melanda perlis. Hanya pada hari keempat sahaja, cuaca dah mula cerah, meski mendung masih membayangi. Tambahan pula anak sulung demam sejak 2 hari menjelang puasa. Kelam kabut betul dibuatnya. Bimbang terkena H1N1 pula. Tapi alhamdulillah. Sekarang ananda sudah pun mula kebah, meski kini si adik pula kena selesema.
Berpuasa dalam suasana hujan dan sejuk, sudah semestinya menyelesakan. Apa kan tidak, lepas subuh je, ramai yang tidur balik, apalagi hari pertama dan kedua adalah cuti hujung minggu. Lagilah sakan yang nak tidur. Sampai terlupa pula dah nak ashar. Ternyata, adalakanya keselesaan membuat kita terlupa dengan kewajiban dan tugas yang mesti ditunaikan.
Apapun, sudah pun hampir satu minggu kita berpuasa. Semoga kita semakin bersemangat untuk menambah amalan dan ibadah kita. Bukan setakat pikir bila nak raya dan apa nak buat untuk raya. kalau budak kecil nak pikir benda tu, boleh kata tak pa juga. Tapi kalau orang seumur kita, yang dah pun lama hidup dalam dunia ni, kalau masih juga tak buang perangai hodoh dan buruk, rasanya memang keterlaluan. Takkan nak tunggu dekat ajal baru nak tambah amal ibadat kot.
Marilah kita saling menasihati dan saling mengingatkan. Harap-harap dengan cara itu, ramai lagi yang boleh kita bawa ke surga Ilahi. Amin. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment