Pejam celik, pejam celik.....tak terasa masa berlalu bagitu pantas. Ibarat sepohon pokok kecil yang kita tanam di sebidang tanah, kini ianya mula berbunga. Mengimbas apa yang berlaku di belakang kita, ada kalanya menerbitkan rasa gundah, seronok, kehilangan dan lain-lain rasa yang mungkin, bukan kita seorang rasakan tetapi juga orang-orang terdekat kita yang sama waktu dan nasib dengan kita.
Banyak perkara yang dirancang mungkin telah tercapai, mungkin juga menemui kegagalan atau mungkin malah langsung terabai, bukan semata-mata dek kerana kegagalan teknikal kita sebagai insan, tetapi juga kerana ianya ada kuasa Tuhan disebaliknya. Sesuatu yang takkan pernah boleh kita nafikan atau pun kita cabar kuasa-Nya.
Seandainya kita mampu menyoal diri sendiri dengan lebih jujur, mungkin ada rasa kesal yang tak berkesudahan, ada kebahagian yang tak terungkap dengan kalam, ada juga tanda tanya besar mengenai apa yang telah berlaku. Apapun, mari kita jadikan ia sebuah batu anjakan untuk kita menjadi lebih baik di masa hadapan.
Segulung harapan di masa hadapan boleh kita bentang sekarang, dengan sejuta impian di dalamnya. Tetapi seperkara yang perlu diingat sentiasa ialah....manusia merancang, Tuhan yang menentukan. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment