Di luar jangkaan.....itu yang asyik bermain dalam minda saya ketika membuka kembali blog ini. Ya, rasanya lama betul saya "cuti". Meski demikian, ramai juga yang sudi melawat blog ini. Hm, manakan tidak, cuti sekolah boleh dianggap masa bersuka ria untuk budak-budak di usia persekolahan. Termasuklah anak-anak saya. Habis semua mainan mereka punggah, seronok betul bermain, apatah lagi sebelum ini saya menghadkan jadwal bermain anak-anak agar si sulung boleh memberi tumpuan dalam pembelajarannya. Terlalu "strict"? Hm, mungkin disiplin...ya. Saya nak anak-anak saya menjadi insan-insan yang disiplin supaya cemerlang kelak, tak kiralah dalam bidang apapun yang akan mereka ceburi.
Kepada para pembaca, tak kiralah yang bagi komen atau tidak, saya ucapkan terima kasih, kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya yang tak seberapa ini. Semoga makin banyak feed back positif yang boleh saya dapat. Suka atau tak suka....harap maafkan, apapun saya ni insan yang masih banyak kekurangan dan kealpaan. tapi...harap-harap janganlah pula"menasihati" saya dengan membaling kapak pula......hehehehehe...
Tahun 2010...baru memasuki minggu kedua. Tapi macam-macam cerita menghebohkan sudah pun mewarnai dunia fana ini. Di dalam negara, isu kalimah Allah dan segala sesuatu yang berhubung kait dengannya menjadi pembuka cerita.... tambahan pula isu blogger yang dibaling rumahnya dengan kapak.....dan macam-macam lagi, kalau saya jadi Polis atau pihak berkuasa, rasanya saya pun takkan menang tangan berdepan dengan kes-kes sedemikian. Kita doakan semoga semua masalah dalam negara ini dapat diselesaikan dengan baik dan dengan hati terbuka. Vandalism bukanlah budaya kita.
Di serata dunia pula...cerita bencana alam, isu persetujuan Kaherah dan Israel untuk membina tembok pemisah di Gaza, kes viva Palestine......antara yang membuat hati "makin panas". Maruah kita sebagai muslim seakan dicabar oleh saudara sendiri (Mesir). Di sanalah lahirnya Ikhwanul Muslimin yang teramat saya sanjungi, tapi di sanalah pula kaum munafiqin mula menampakkan temberangnya. Sedih betul......Makin sedih, negara-negara Islam hanya mampu menganga tapi suaranya "dibisukan", sehinggakan Al Qaeda pun berani ambil kesempatan untuk lebih mengeruhkan suasana di Yaman.
Entahlah...apa nak jadi dengan dunia ini, dengan anak cucu kita, dengan generasi masa hadapan. Bagaimanakah sebenarnya rupa dan bentuk dunia yang ingin kita bina? Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment