Condemn Israel!!!!!

Wednesday, November 17, 2010

Banjir,Qurban dan Politik

Berat mata memandang,lagi berat bahu memikul.....itu yang boleh saya andaikan keadaan rakyat negeri-negeri yang dilanda banjir.Pertama kali banjir yang saya alami ialah ketika berlakunya tsunami 2005. Masa itu, boleh kira taklah teruk sangat sebab banjir di Perlis surut hanya dalam masa 2 hari. Bantuan pula datang mencurah-curah. Meski tak lah boleh dikatakan mewah, tapi bantuan yang diperlukan pantas diberi oleh kerajaan negeri.

Tapi di banjir besar di awal bulan November 2010 ini....sungguh banyak rungutan tak didengari. Bukan setakat lambatnya bantuan untuk mengevakuasi mangsa banjir yang terperangkap di taman perumahan, maktab ataupun tempat-tempat yang agak terpencil....tapi juga seolah kerajaan negeri lebih suka melihat rakyat negerinya kebuluran....sehingga ramailah pula parti-parti politik tertentu mengguna kesempatan untuk menabur jasa. Pilu rasa hati melihat rumah beserta isinya yang terendam air bah hampir satu minggu. Bukan setakat bau busuk masam, banyak benda terpaksa di buang...pikirkan keadaan ekonomi dunia yang tak berapa elok kebelakangan ini...makin susah rasa hati....nak beli baru kah tidak....habis lingkup orang berniaga,bukan setakat tiada beroleh untung, malah rugi besar pula yang terpaksa ditanggung.

Maaf-maaf, saya tidak bermaksud membanding-bandingkan zaman 2 MB Perlis, tidak juga menafikan bantuan dari pihak kerajaan negeri tapi ada perkara yang patut direspon dengan pantas jikalau tidak mahu banjir besar melanda Perlis saban tahun.Ada banyak cadangan rakyat mengenai empangan Timah Tasoh. Diantaranya :perlunya membuat saliran khas untuk membuang lebihan air empangan, penggunaan sistem overflow serta pembuatan dan penjagaan sistem longkang,pembentungan air yang lebih modern.

Tahun ini hari raya Qurban dirasakan begitu sendu. Ramai yang lebih ambil berat dengan kerja-kerja pembersihan rumah beserta isinya daripada mempersiapkan keperluan hari raya. Bahkan peniaga pun ramai mengeluh dek kerana barangannya kurang laku.

Tapi mungkin di sinilah letaknya "pengorbanan" kita. Mungkin pengorbanan inilah yang lebih "disukai" oleh Allah azza wa jalla. Keredhoan kita atas musibah yang menimpa kita adalah sesuatu yang bernilai tinggi. Mudah-mudahan ianya menjadi kafarah atas dosa-dosa kita, membersihkan harta kita dan menjadikan kita hamba-hamba yang lebih bertaqwa.

Tapi perlu diingat, janganlah pula kerana kita sudah dianggap "berqurban" dengan cara ini lalu bersikap sambil lewa dengan masa hadapan. Perlu juga kita pikirkan bagaimana mencegah atau paling tidak menghadapi kemungkinan bencana serupa berlaku. Saya yakin Allah juga mahukan kita berfikir secara positif, mencari jalan keluar atas setiap masalah, bukan setakat pasrah dan berdiam diri. Perlu kerjasama yang baik antara kerajaan dan rakyat agar masalah sebegini dapat segera diatasi.

Yang paling syok, ketika banjir justru bab politik yang menjadi topik utama perbualan. Apatah lagi ketika itu sedang hangat-hangatnya berita mengenai pilihan raya kecil DUN Galas dan Batu Sapi. Seolah ianya menjadi intermezzo di sela-sela kegusaran hati ketika banjir. Sebetulnya dalam keadaan sedemikian, rakyat sudah tidak peduli siapa,pihak mana yang lebih dulu memberi bantuan. Dah tak kisah sekiranya menerima bantuan tersebut bererti menyokong pihak-pihak tertentu. Ibarat telur di ujung tanduk, janji selamat, dah tak kisah siapa yang menyelamatkan, dah tak kisah apa yang patut diberi untuk membalas jasa mereka nanti.

Segala sesuatu mesti ada hikmah di sebaliknya.Semoga kita menjadi hamba Allah yang ridho dengan segala ketentuannya.Amin....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Taqabballahu minna wa minku..... taqabbal ya karim....

No comments: