"Betui ka Korea Utara serang Korea Selatan?" Sms dari my beloved husband itu cukup mengejutkan saya. Saya jawab,"Tak kot". Rasa macam pelik pula kalau benda sedemikian berlaku kali ini apatah lagi dulu pernah saya tanyakan pada seorang sahabat di sana, samada 2 Korea mungkin akan terlibat dalam kancah peperangan lagi.
"No matter how,we are still from the same root. Both sides should think more than hundred times to start the war...again...".....Jawaban yang bagi saya cukup memuaskan ketika itu. Apalagi jika mengambil kira situasi ekonomi global dengan krisis dan kejatuhan nilai mata wang yang bukan sahaja memberi impak negatif pada sesetengah pemain dalam sektor ekonomi/swasta tapi juga dunia secara keseluruhannya.
Tapi kalau dilihat kembali berita mengenai 2 Korea itu sejak semalam, timbullah pula rasa risau. Sepertinya akan pecah pula Perang Dunia III,macam yang selalu diperkatakan oleh ramai orang,meski setakat cakap-cakap kecil,apatah lagi jika mengambil kira peranan China sebagai sekutu rapat Korea Utara dan Negara Uncle Sam sebagai "angel" bagi pihak Korea Selatan.
Kembali kepada unsur sejarah 2 Korea ada ego yang berperanan di sana. Ego untuk menang sendiri, ego untuk berkuasa atas yang lain, ada ego yang pada akhirnya ditunggangi oleh pihak-pihak yang suka mengaut keuntungan di sebalik tragedi dan kemusnahan. Saya tidak mau memihak mana-mana Korea. Pada saya mereka adalah sahabat,sesama ASIA yang sepatutnya kita berikan kesedaran pada mereka bahwa perang bukanlah jalan terakhir, ketenteraan bukanlah satu-satunya alat untuk menunjukkan kuasa dan apa yang paling utama, siapa pun orangnya tentu bencikan kesengsaraan dan penderitaan akibat perang. Terlalu banyak yang akan menjadi korban dan mangsa, sungguh tak berbaloi dengan nilai persaudaraan 2 Korea itu sendiri.
Semoga Malaysia dan negara-negara di Rantau Asia ini boleh menjadi rakan dan sahabat yang mampu menjadi juru runding dan meredakan ketegangan antara 2 Korea ini.Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment