Beberapa bulan lepas,ketika hendak bertolak balik dari Langkawi,my beloved husband bercadang untuk membeli coklat sebagai buah tangan. Tapi kemudiannya tak jadi, kerana setelah di teliti betul-betul, dalam setiap jenama coklat yang ada ketika itu ternyata ada kandungan whey powder. Hm, apalagi kalau bukan istilah nan "manis" untuk bahan yang bersumber dari si haiwan berhidung besar itu (pig).
Semalam pula dalam sidang parlimen, YB Senator Jamil Khir ada menyebut tentang kandungan porcine dalam produk makanan. Hm, lagi nama yang berbeza untuk jenis bahan yang sama.
Pada saya, bahan-bahan sedemikan sudah lama berada dalam produk makanan tertentu.Yang menjadi masalah sekarang adalah, apakah sebagai pembeli, pengguna, kita mampu bersikap lebih teliti dan proaktif sebelum membeli produk makanan/minuman. Kalau sempat tengok tarikh luput pun, dah kira elok, sebab adakalanya penjual sendiri terlepas pandang dengan perkara sedemikian.
Itu baru bab makanan/minuman, belum lagi bab barangan yang terbuat dari kulit atau tulangnya semisal berus,beg dan kasut.
Memastikan barang/produk yang kita gunakan/konsumsi benar-benar halal,memanglah bukan perkara yang mudah. Tapi sikap peduli dan mahu ambil tahu,mahu ambil berat dengan perkara-perkara sedemikian, hendaklah kita galakkan.Jangan sampai kita menjadi orang yang boleh melihat tapi sengaja membutakan mata atau boleh bercakap tapi sengaja membisukan lidah. Kalau tak takut Allah pun, beringatlah bahwa apa-apa yang tidak halal yang masuk dalam tubuh badan anak cucu kita akan menjadi darah daging dan akan mempengaruhi iman dan akhlaq mereka.Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment