Condemn Israel!!!!!

Monday, June 16, 2008

Islam menjadi musuh barat

Islam tidak hanya sebagai pertentangan tamadun sebagaimana teori Huntington (The clash of civilisation by Samuel Phillips Huntington), tetapi juga disamaratakan oleh barat sebagaimana komunis ketika barat menghadapi perang dingin. Dalam pandangan barat, islam adalah ancaman yang serius yang mesti ditumpas sebagaimana mereka menumpaskan komunisme.

Berbagai langkah telah ditempuhi oleh barat dalam usaha menghancurkan imej islam di peringkat global.Kehidupan barat yang berfalsafahkan sekular modern dan keamanan barat yang terbentuk atas kemajuan material, dianggap akan tercabar sekiranya negara muslim berpemerintahan cara islam meluaskan pengaruhnya dirantau yang strategik seperti timur tengah.

Iran pula dianggap sebagai sebuah negara terkemuka di dunia yang berpotensi mempengaruhi negara-negara jirannya.Kerana itu, barat mula memberi tumpuan khususnya dalam usaha membendung pengaruh islam.

Perkembangan islam di beberapa buah negara arab juga membimbangkan barat,bermula dari kejatuhan aljazair ke tangan barisan keselamatan islam (FIS).

Kewujudan penganut Islam di Eropah Barat juga sering dihubungkaitkan dengan ancaman agama islam terhadap keseluruhan tamadun barat. Tambahan pula,sebahagian besar mereka ini mempunyai pertalian dengan kebangkitan islam di negara asal mereka, manakala sebahagian lagi telah diserap dalam pergerakan membangunkan semula kehidupan islam di kalangan sesama mereka.

Sungguhpun orang-orang islam itu telah lama bermastautin di Eropah Barat, telah menjadi warga negara berkenaan dan bersedia mengamalkan aspek-aspek asas kehidupan negara, akan tetapi barat masih melihat mereka dari dunia lain. Mereka masih mengambil jarak terhadap orang-orang islam di sana.

Tekanan barat terhadap islam semakin menjadi-jadi apabila berlakunya tragedi 11 september. Barat tidak henti-hentinya melakukan propaganda bahwa islam adalah ganas. Tambahan pula barat telah pun mengenal pasti bahwa dalam ajaran Islam terdapat konsep jihad,yang tentunya sangat menggerunkan mereka.

Namun di lain pihak barat juga sudah mengenal pasti kelemahan umat islam yaitu mudah diadu domba dan berpecah belah. Kerana itu barat akan selalu meberikan sokongan terhadap perpecahan dalam islam.

Di saat para pemimpin dunia membincangkan cara untuk mencari titik temu antara islam dan barat, merapatkan jurang antara islam dan barat, rasanya tak salah jika kita mengingatkan pihak barat bahwa mereka harus belajar untuk berlapang dada, buka mata buka hati untuk melihat apa dan bagaimana sebenarnya islam ituB bukan hanya menyalahkan islam semata-mata lalu melabelnya sebagai teroris atau pengganas.

No comments: