Condemn Israel!!!!!

Saturday, June 21, 2008

TV:Masihkah ia sebuah dilema?

Euro 2008, demam bola sedunia. Siapapun suka tengok, tak kira tua dan muda, kaum lelaki atau kaum perempuan, sudah tidak menjadi satu isu lagi.Macam-macam kerenah peminat bola:ada yang sanggup pasang Astro, semata-mata kerana tak mau ketinggalan semua perlawanan. Ada yang sanggup "tidur awal" supaya "kuat" berjaga ketika tengok tayangan live. yang tak berapa minat bola pula, tiba-tiba jadi minat. Mungkin bimbang diperli rakan-rakan agaknya. Itu antara kisah kaum adam(para suami, para bapa). Bila-bila masa ada perlawanan sukan yang"mendunia", tak kiralah bola sepak, rugby, badminton atau yang lain-lain, mesti tak akan lepaskan peluang menyaksikannya. Bagi yang "banyak kawan", tengok bola di kedai mamak atau melayu dah jadi satu kemestian. Janji ada screen besar. Kalau menang sama dirai, kalau kalah sama memaki.

Lain pula dengan kaum hawa(para ibu, para istri). Sebut saja rancangan memasak, mesti tengok,siap dengan kertas dan pen di tangan. Nak mencuba resepi katanya. Walhal tak semestinya resepi itu akan benar-benar dicuba. Silap hari bulan jadi lambakan kertas dalam laci meja. Atau setakat jadi "sumber kajian" dalam forum sembang-sembang dengan rakan-rakan sejawat.

Telenovela, sinetron, telemovie atau sejenisnya pun mungkin menjadi pilihan. Janji menyentuh perasaan insan bernama wanita. Kalau sudah tiba waktu tayangan, mungkin ada yang sudah siap dengan sekotak tisu di sisi,mana tahu ada adegan yang membuat mereka menitiskan air mata. Kerja-kerja rumah tentulah akan disiapkan lebih awal. Supaya fokus katanya.

Buat anak-anak kita pula, masa cuti sekolah dan cuti hujung minggu tentunya adalah masa yang paling menyeronokkan. Kalau sebelum ini, disuruh bangun awal supaya tak terlambat ke sekolah pun susah,tapi lain pula masa cuti. Bangun awal pagi, terus tengok kartun.Tangguhkan masa mandi, setakat basuh muka dan berkumur sahaja. Makan pun depan tv. Kalau tak habis kartun-kartun itu ditayangkan, jangan harap nak suruh mereka bermain di luar. Nak diajak bersiar-siar pun tak mau. Yang paling susah apabila kartun kegemaran mereka ditayangkan pada jam maghrib. Sungguh susah nak suruh mereka sembahyang. Kalau kita tutup tv itu, dah pasti mereka menangis. Dah jadi hal pula, menangis waktu magrib.

Hakikatnya anak-anak mengikut "jejak" ibu bapa. Disiplin adalah suatu kemestian yang sepatutnya diterapkan sejak mereka kecil lagi. Bagaimana dan masa bila disiplin itu perlu, sebenarnya terpulang kepada keazaman dan kemahiran ibu bapa sendiri dalam mengendalikan rumah tangga. Ingat-ingatlah pepatah" bapa borek, anak rintik".

No comments: