Senario 1
Biasalah tu………….Melayu…………..jam getah
Biasalah tu………….Melayu…………..nak cepat kaya
Biasalah tu………….Melayu……………………..
Agaknya dah “biasa” kita dengar ungkapan seumpama itu, tak rasa malu sedikit pun. Telinga rasa pedas sedikit tu,adalah……tapi sekejap kemudian rasa………..”biasa”.
Janganlah dikata “memang dah genetik Melayu kot. Tak boleh ubah”, sebab jika demikian bermakna kita mempertikaikan kemampuan generasi terdahulu yang membina Negara ini dengan titisan darah, peluh dan air mata. Dan itu juga bermakna seolah Melayu, sampai bila-bila pun tak mau dan tak boleh ubah nasibnya walhal dimana ada kemauan di situ ada jalan.
Tapi kan..tergamak Melayu “pekena” sesama Melayu. Sekotak kopi yang sepatutnya dijual dengan harga RM15,00 tapi dia “baling” kat kaum bukan Melayu dengan harga RM12,00. Akibatnya tertutuplah punca rezeki teman Melayu kita.
Biasalah tu……. Melayu nak cepat kaya. Kalau ya pun, tak fikir kah bahwa dia sudah menyebabkan sesama Melayu sengsara. Bukanlah kita nak bangkitkan isu perkauman tapi kalau sudah ada jalan uuntuk memajukan Melayu, kenapa lari? Bila lagi kita nak merapatkan jurang ekonomi yang terbentang lebar antara kaum Melayu dan bukan Melayu?
Biasalah tu…….Melayu nak cepat kaya. Habis tu ,generasi pendiri Negara ini pun macam tu jugakah? Kalau mereka pun nak cepat kaya, tentu awal-awal lagi mereka tak kan perjuangan kemerdekaan Negara ini,lagi selesa duduk dengan British. Betul tak? Cuba fikir-fikir kan!
Senario 2
Dari jauh nampak sebuah kedai Melayu, besar dan tersergam indah tapi…….tengoklah belum lagi pembeli sampai di muka pintu, peniaga dah bagi “cuka masam”. Pembeli pun serba salah, fikir nak tanya macam mana. Akhirnya pembeli tanya,”ada kicap masin?” “tu…………kata peniaga sambil muncungkan mulutnya kearah tempat kicap tu kononnya berada. Lepas tu dia buat selamba. Pembeli pun terkial-kial mencari barang yang dia nak, diantara susunan baranng yang tak teratur, semua campur aduk. Kalau barang yang dicari ada, pembeli akan tanya” berapa?’’. Peniaga akan jawab,’’ seringgit tujuh kupang.” Jangan haraplah nak dapat discount, tak kira lah beli banyak barang atau sedikit.Kalau kita paksa juga nak minta discount, peniaga akan kata,”kami ni bukannya untung sangat beniaga ni,”dengan nada kasar tentunya. Dalam hati ,mestilah peniaga memaki,”kalau macam tu, tutup kedai je lah”.
Itu kalau barang yang nak dibeli ada, tapi kalau tak ada………..peniaga akan kata,”habis”. Walhal belum tentu mereka jual barang tu. Entah-entah peniaga tak tahu pun kicap jenama A itulah yang paling diminati pembeli. Peniaga pula letak barang jenama X yang kebanyakan orang tak tahu pun jenama itu wujud. Barang yang nak dibeli tiada, yang tak nak dibeli ada. Silap hari bulan, peniaga jual barang yang dah expired. Mungkin peniaga ingat,pembeli tak kan teliti sebelum membeli. Kalau betul barang tu habis, kenapa tak bagi tahu awal-awal? Tak perlukah pembeli berlegar0legar mencari barang yang tak ada.
Setelah itu, peniaga pun menghantar kepergian sang pembeli tetap dengan muka masamnya.
Tapi, cuba bandingkan……………..
Tak berapa jauh dari situ, nampaklah sebuah kedai yang tak berapa besar, bahkan lebih elok kalau nak dijadikan tempat simpan besi buruk, tapi…………..
Tengoklah si tauke, dari jauh nampak pembeli, dia dah senyum-senyum, sambil berkata.”nak beli apa?’” Pembeli pun jawab.”sos cili ada?” Tauke pun menjawab,”oooo ada, nak jenama apa?” Macam-macam lah jenama yang dia boleh bagi, semua tersedia di kedai. Kalau kita pilih jenama B, dia pun akan promosi mengenai kebaikan jenama yang kita pilih. Pemebeli pun rasa, dia tak silap pilih. Nak berapa?tauke tu pun tanya. Niat hati cuma nak beli sebotol tapi jadi beli dua pula dah, agaknya selesa sangat dengan layanan sang tauke. Kalau tak ramai pembeli, tauke sendiri yang akan pergi cari barang yang pembeli nak, kalau tak, dia suruh anak atau istrinya pergi cari. Pembeli hanya perlu tunggu dengan santai. Sambil mengira jumlah barang, tauke akan ajak pembeli”discuss” macam-macam.Cerita serata dunia ni dia tahu. Setelah habis mengira jumlah barang, tauke bagi tahu harga barang. “Semua sekali 20 ringgit 7 kupang., tak pa lah u bayar 20 cukup”. Alangkah gembiranya hati pembeli. Tak perlulah susah payah cari 7 kupang dalam poket seluar. Kalau barang yang dibeli banyak, tauke akan tolong masukkkan barang dalam kereta si pembeli. Setelah itu kepergian pembeli pun dihantar dengan seulas senyum dan ucapan,”oke, terima kasih. Mai lagi na.”
Itu kalau barang yang nak dibeli ada tapi kalau tak ada…………”Telur ada?” dengan pantas tauke menjawab, “oooo tak da” lengkap dengan alasannya, tiada bekalan atau memang laku di pasaran. Sebelum pembeli pergi, tauke akan kata,” sorry na, u mai lain kali lah.” Hati pembeli yang mungkin tadinya nak marah, jadi sejuk balik.
Senario 3
A dan B pusing-pusing cari kedai makan. Lalu ternampaklah kedai makan melayu. Tapi sayangnya, dari jauh pun dah nampak,sampah merata-rata,kucing dan ayam berkeliaran,meja tak dikemaskan, kerusi pun berselarak.
Tak cukup dengan itu, nak order makan pun susah, bukanlah banyak sangat customer hari itu, tapi, entah sebab apa, peniaga buat-buat tak tahu. Kalau ya pun kena layan diri, bagi tahulah betul-betul.
“Roti canai satu”, tapi dah lama order, tak sampai-sampai juga. Kalau ditanya pada peniaga, jawabnya,”sekejap na, lambat sikit”. Alahai, nak tunggu sampai bila, perut pun lapar dah. Itu makanan. Minuman…………sama je.
Lepas makan dan bayar, sepatah kata pun tak keluar dari mulut peniaga, seolah dia yakin esok atau lusa, A dan B akan datang lagi.
Tapi cuba bandingkan……………………..
Tak berapa jauh dari situ ada sebuah kedai mamak, semua pekerjanya tentu saja muslim, warga asing. Dari jauh mereka nampak kita, m,ereka dah pasang muka manis. Kalau layan diri, mereka akan kata,”sila” sambil memberi laluan. Kalau nak order, sekejap je apa yang kita nak makan, siap terhidang. Begitu pantas layanan mereka.
Kedai pun nampak bersih dan kemas. Jangan haraplah nampak kucing atu ayam, nak nampak cicak seekor pun susah. Janganlah dikata”depa orang luar, kena tahu bawa diri”, sebab apakah itu bererti Melayu tak perlu guna budi bahasa? Dan janganlah pula dikata,”kedai depa besar, banyak modal” sebab berniaga kecil-kecilan pun akan menjadi besar kalau kita tahu bagaimana menjaganya.
Apapun, marilah sama-sama kita renungkan dan ambil pengajarannya

No comments:
Post a Comment