Sebut saja gambar kartun, tentu ramai yang suka. Tak kira tua atau pun muda, dewasa apalagi anak-anak. Kebanyakannya menganggap kartun sebagai sesuatu yang merelakskan,walaupun tak ramai yang menyedari bahwa melalui kartun juga boleh berlaku transfer nilai-nilai negatif seperti vandalism dan lucah yang boleh meracuni minda anak-anak kita.
Saya difahamkan di negara ini sudah pun ada pendidikan khas dalam bidang pembikinan kartun, animasi. Ramai anak-anak muda kita yang berminat menyertainya. Namun bukan itu yang hendak dipersoalkan disini. Kartun bukan setakat teknologi, tapi juga seni. Ada beberapa perkara yang perlu diberi tumpuan:
1. Idea yang original
Anda tentu pernah menonton Spongebob Squarepants. Pernahkah terlintas dalam pikiran anda bahwa sebuah sponge berwarna kuning boleh menjadi karektor yang sangat digemari kanak-kanak? Inilah yang dinamakan originality/keaslian. Kita memerlukan idea yang seperti ini, mengangkat sesuatu objek yang mungkin pada hakikatnya tidak bernilai, menjadi sesuatu yang begitu dipuja sehinggakan banyak aksesori dan permainan kanak-kanak yang berupa karektor ini dan rakan-rakannya terjual di pasaran.
2.Mengandungi nilai-nilai murni
Tahukah anda bahwa siri kartun He-Man and The Masters of The Universe yang ditayangkan di TV9 mula popular pada tahun 90-an? (masa itu saya masih belajar di tingkatan 2 sekolah menengah).Namun mengapa cerita itu seolah tak lekang dimamah zaman? Anak-anak kita pun menyukainya, tanpa menyedari kegemaran mereka itu adalah kegemaran ibu bapa mereka juga pada satu masa dulu. Bukan setakat teknik penggambaran, watak-watak dan jalinan cerita yang unik, tetapi ada nilai-nilai murni yang terkandung di dalamnya. Bahkan pada setiap akhir episod ada sedikit ulasan dari salah seorang watak mengenai apa yang berlaku dalam episod tersebut disertai dengan nasihat. Selain itu pertarungan antara watak utama dan musuh-musuhnya tidaklah digambarkan dengan "keras". Sehingga anak-anak boleh menangkap message bahwa pertarungan antara yang baik dan yang jahat, antara yang haq dan yang bathil bukan hanya memerlukan kekuatan fizikal tapi juga kekuatan hati yang tulus suci.
3. Tidak mengandungi unsur-unsur lucah
Siapa yang tidak kenal Mickey Mouse, ikon kartun yang begitu "mendunia". Tapi ada seperkara yang mungkin anda tak berapa perasan, sesuatu yang saya tidak suka dari dulu lagi,yaitu adegan berkucupan antara Mickey Mouse dan Minnie Mouse. Bagi orang Barat tentulah itu adalah perkara biasa. Tapi bagi kita orang Asia, yang masih berpegang kuat pada norma agama serta adat dan budaya ketimuran ,tentulah itu tak kena pada tempatnya. Kita bimbang budaya barat ini akan sedikit demi sedikit meracuni pikiran anak-anak kita sehingga mereka menganggap"kissing" adalah sesuatu yang "biasa". Naudzubillah.
4. Mengandungi unsur kreatif dan inovatif
Dua ciri ini ada di dalam siri kartun Doraemon dan Jimmy Neutron.Walaupun keduanya tidaklah juga boleh dikatakan "sempurna" setidaknya inilah yang menjadi "kekuatan" dalam jalinan cerita yang mampu memikat hati penonton. Anak-anak pun terangsang untuk membuat sesuatu yang inovatif dan kreatif seperti membuat sendiri layang-layang atau anak patung.
Adapun di Malaysia, setakat ini hanya satu saja yang boleh dikatakan mengandungi keempat unsur ini,yaitu siri kartun KACANG yang ditayangkan oleh RTM. Ideanya begitu original. Tentu anda tak pernah menyangka kacang boleh bercakap, memberi pegajaran sekaligus menghiburkan. Walaupun ada juga terdapat beberapa hal yang perlu diperbaiki:
1. kurangnya background music yang "ramai" dan menceriakan.
2. Jeda percakapan antara kacang hijau dengan kacang merah, contohnya, terlalu lama. Seolah-olah kacang merah"berfikir" terlalu lama sebelum bercakap.
3.background scene yang selalu sama. Mungkin perlu diubah suai sedikit, misalnya memvariasikan warna langsir tingkap dapur atau meletakkan kacang di bilik lain seperti ruang tamu atau membuat watak manusia(half body,without head) untuk menggambarkan bahwa di situ ada manusia tapi ia tak boleh mendengar ataupun melihat apa yang berlaku dalam keluarga kacang.
Apapun, tahniah kepada produser dan krew KACANG. Semoga menjadi lebih baik lagi.Kepada anak-anak bangsa yang sedang mendalami bidang ini, semoga berjaya hingga ke peringkat antarbangsa.
No comments:
Post a Comment