Scene 1
Suasana ramai di taman rekreasi petang ini. Kebanyakannya berjogging. Anak-anak pula seronok di taman permainan. Tapi ada satu yang "mengusik" pandangan. Nampak seorang wanita muda sedang melayan kerenah anaknya. Memang nampak lain: berjubah hitam "merlik", bertudung extra labuh bunga-bunga merah dan berkasut hitam tumit tinggi. Selepas beberapa soalan perkenalan, "tergeletek" hati hendak bertanya: "Kak, baru baru balik kenduri kah?". Jawaban yang diharap sungguh mengejutkan:" Tak da lah......biasa......tiap petang bawa anak mai main kat sini".
Scene 2
- pukul 11 pagi, para suri rumah menanti pakcik penjual ikan datang. Semua berpakaian "seragam": t-shirt lengan pendek, kain batik, tanpa tudung.
-pukul 6 petang, para suri rumah berkumpul di bawah pokok pelam. Sembang itu dan ini. Semua berpakaian: baju kelawar warna-warni, ada yang dipadan dengan tudung, ada pula yang tidak.
-sabtu, tengah hari, para suri rumah nak pergi kenduri. Baju kurung lawa warna-warni,dipadan dengan tudung warna serasi. Cantik, menarik bak wanita Melayu terakhir.
-ahad pagi, seisi keluarga pergi berjogging. Para suri rumah dah siap awal lagi. Macam-macam fesyen hari ni:
*t-shirt lengan pendek, seluar ketat, tanpa tudung
*t-shirt lengan pendek, seluar sukan, tanpa tudung
*t-shirt lengan panjang, seluar ketat, ada yang bertudung, ada pula yang tidak
*t -shirt lengan panjang, seluar sukan, ada yang bertudung, ada pula yang tidak
Scene 3
-Awal pagi sheera dah bersiap nak pergi sekolah. Sungguh anggun, memakai uniform sekolah, lengkap dengan tudungnya.
-Pukul 5 petang, selepas adzan asar, nampak rakan -rakan sheera, berkumpul di depan rumahnya. Nak pergi beli buku, katanya. Seakan dah berjanji sebelumnya, mereka memakai seluar jeans ketat ala "londeh". Ada yang dipadan dengan t-shirt lengan pendek ada pula t-shirt lengan panjang. Semuanya pun ketat. Tanpa tudung tentunya. Tapi...sheera lagi hebat, ia memakai t-shirt putih ketat lengan pendek, seluar ketat hitam paras lutut dan juga tanpa tudung.
Scene 4
Dalam sebuah job interview.............
Mr.Wong : Nampaknya memang anda orang yang menepati kriteria kami untuk menjadi salah seorang staff di sini. Tapi.........adakah anda bersedia membuat perubahan? positive change, tentunya.
Sheila : Perubahan yang bagaimana maksud encik?
Mr.Wong : Well, kita dalam dunia korporat ni, percaya bahwa imej adalah sesuatu yang sangat penting. Anda seorang yang......cukup bijak dan berwawasan. Tapi, kalau orang lain nampak mungkin.........mereka menganggap anda seorang yang tertutup, terlalu agamis,ortodoks, tidak mau bekerjasama, kurang terbuka............
Sheila : (dalam hati ia berfikir, sudah setahun lebih dia menganggur,jobless. Ini tentunya peluang keemasan untuk maju. Peluang hanya datang sekali.) Ehmmmmmmmm.......saya sedia melakukan perubahan.
Mr.Wong : Well, kalau anda sungguh-sungguh ingin bekerja dan membina karier di sini, sila jumpa perunding imej kami, Ms.Cecilia.
Isnin pagi.................
Syarikat Mr.Wong heboh. Ada pekerja baru,bukan main seksi. Siapa lagi, kalau bukan Sheila. Sheila yang dulu bertudung sempurna dengan baju kurung Melayunya kini sudah "berubah". Ia tampil lebih bergaya, sesuai dengan "imej korporat ala Mr. Wong", dengan memakai blazer yang dipadankan dengan mini skirt paras peha dan kasut tumit tinggi,warna sedondon.
No comments:
Post a Comment