Condemn Israel!!!!!

Tuesday, November 25, 2008

Sholat: Isn't it the best?

Orang Islam sepatutnya merasa bangga kerana mempunyai Islam sebagai agamanya. satu agama yang sempurna. Tiada yang lebih sempurna darinya. Berbagai panduan hidup dan mati ada dalam Islam. Tak percaya? Sila tengok Al Quran dan Al Hadist. Tak ada yang kurang. Semuanya terpulang pada kita nak guna fasiliti yang telah diberi "percuma" ini atau tidak. Sila ukur iman sendiri.

Sebagai muslim sepatutnya kita menganggap sholat bukan sekedar kewajiban tetapi juga satu keperluan. Walaupun, tak dinafikan, bagi kaum perempuan khasnya, masa "cuti sholat" adalah masa yang "melegakan", terlepas dari beban sholat, boleh buat kerja lain atau lebihkan masa untuk buat kerja lain yang tak boleh dibuat pada masa "perlu sholat".

Dengan sholat sebetulnya kita bukan setakat menjalin ikatan hati dengan Tuhan sang pencipta, tapi juga "merehatkan" hati dan pikiran kita dari semua "beban" yang kita pikul. Tidakkah konsep ini lebih kurang sama dengan konsep Yoga?

Pada saya, sebagai muslim kita tak perlu terlalu tercari-cari cara untuk sihat sehingga lupakan hukum dan syariat Islam yang sedia ada. Anda boleh bersilat, ber-kickboxing, ber-taichi dan lain-lain kaedah untuk menyihatkan badan. Tapi satu perkara yang perlu anda telaah sebelum mengikuti mana-mana kaedah itu ialah: Adakah ianya mempunyai konsep yang sama dengan sholat? Adakah ianya memerlukan "ikatan hati dan jiwa" dengan Sang Pencipta? Siapa Sang Pencipta yang dimaksud? Kalau bukan Allah yang dimaksud dan kalau kaedah yang diguna bertentangan dengan syariat Islam, jauhinya. Bimbanglah pula kita "terkeluar" dari iman tanpa kita sedari. Jadi, pikir-pikirkanlah. Wallahu'alam.

Pengkid

Rasanya belum terlambat kalau saya nak sedikit mengulas isu di atas. Dalam heboh-hebohnya isu ini diperkatakan, mungkin ada 2 perkara yang tak berapa kita sedari:
1. Pengkid adalah penyakit. Bukan setakat penyakit sosial tapi juga penyakit "mental" si pesakit yang semestinya diubati
2. Adakalanya kita sendiri yang menjadi penyebab timbulnya penyakit ini. Perhatikan kes-kes berikut yang merupakan kisah benar yang pernah saya jumpai sendiri.

Kes1
Sepasang suami istri mempunyai 2 orang anak perempuan dan seorang anak laki-laki. Sang istri memang lawa. Sayangnya, kecantikannya tidak diwarisi oleh 2 anak perempuannya. Justru, anak laki-lakinya yang paling menepati kemiripannya. Semenjak kecil si boy selalu di layan bak puteri raja, semua kemahuannya dituruti san ibu. Sebagai balasan, sang ibu akan mendandani si boy dengan gelang kaki, rantai tangan bahkan baju perempuan yang sememangnya nampak cantik dipakai oleh si boy yang lawa. Sang bapa yang tak tahu menahu hal tersebut, hampir sakit jantung ketika kemudian dalam usia remaja, si boy nampak dalam pakaian perempuan dan meminta keizinan sang bapa untuk menjadi perempuan. Na'udzubillah.

Kes 2
A seorang student di sebuah universiti di ibu kota. Sudah pun hampir menyelesaikan pendidikannya. Namun amat malang nasibnya kerana bebanan ekonomi keluarga berada di bahunya. Part time job sebagai pelayan di sebuah cafe tak mampu menyara kos pendidikan adik-adiknya. Satu hari dia bertemu dengan rakan lama, yang kemudian "offer satu job". Kerja mudah katanya, layan Bos istilahnya. Pada awalnya A ragu-ragu, namun sekali terjebak, A tak mampu melepaskan diri. Akhirnya kalau siang A bergelar lelaki tapi kalau malam bergelar "Nancy". Na'udzubillah.

Kes 3
B, Seorang istri sedang sarat mengandung. Ini anak yang ke 10. Sebetulnya ia dah tak maukan anak lagi. Tapi apa nak kata, suami "suka". Selama mengandung, B asyik mengucapkan kata-kata kotor. Terlalu geram agaknya kerana terpaksa mengandung lagi. Kalau ada orang bagi nasihat, dia justeru akan maki balik. Tak habis-habis ia memaki jiran sebelah rumah, seorang mak nyah. Mungkin kerana doa orang yang terhina atau mungkin juga ianya balasan Tuhan atas lisannya, sang anak laki-laki membesar dan menjadi .......mak nyah. Na'udzubillah.

Kes 4
C, seorang fashion designer. Kerjanya tentu lebih banyak fitting baju untuk model-model perempuan. Sudah terlalu "biasa" baginya untuk tengok "barang" perempuan. Entah macam mana bermulanya, ia jadi tak minat dengan golongan perempuan. Sehingga kemudian memutuskan untuk "beralih arah" kerana katanya "barang" lelaki susah nak tengok. Na'udzubillah.

Kes 5
D, seorang kerani di sebuah syarikat. Satu hari ia bertemu dengan E, seorang klien yang juga perempuan. Kerapnya perjumpaan, membuat mereka berdua jadi semakin akrab, best friend katanya. Secara fizikal, tiada apa yang berbeza pada diri E. Amat anggun dan feminin. Tetapi, ia mempunyai "perasaan" terhadap kaum sejenis. Bermula dari kerap shopping bersama, akhirnya E mengubah naluri D. D berusaha melepaskan diri. Ia tahu perbuatan dosa yang sudah dilakukannya. D ingin kembali ke pangkal jalan, tapi E "mengikatnya". Na'udzubillah.

Kes-kes yang saya kemukakan di atas bukanlah bermaksud mengaibkan mana-mana pihak. Sekadar mengingatkan bahwa adakalanya kita terlepas pandang pada hal-hal remeh. Perlu kerja sama dari berbagai pihak untuk mengatasi penyakit ini, bukan setakat geleng kepala lalu menjatuhkan "hukuman". Wallahu'alam.

Saturday, November 22, 2008

Masin Lidah

Musim cuti sekolah sudah semestinya musim kenduri. Macam-macam kenduri ada. Saya paling suka tengok gelagat kaum wanita. Cuba perhatikan kes-kes ini:

Kes 1
A:Amboi, lawanya baju. Jahit sendiri kah?
B: Mestilah.......(bangga)
A:Boleh lah buka kedai.(menyindir)
B:Boleh.....tunggu laki pencen dulu.

Kes 2
A:Amboi, besaknya rantai hang.Emas pulak tu. Baiknya laki hang kan?
B:Isy, tak da lah. Nak harap jantan kedekut tu, sampai mati pun tak boleh hidup senang.

Kes 3
A:Apa kabar anak sulong hang? Dah oke kah?
B: isy, dia tu, dah nak mampus, baru nak balik kat mak dia yang buruk ni. La ni biar dia seronok-seronok.

Kes 4
A:Ei, betuahnya hang kan. Sampai jugak hajat nak berniaga. Elok betul lah kedai ni.
B:Iyalah, esok lusa laki tak da, bolehlah menyara budak-budak ni semua. Tak lah harap orang sangat.

Kun Fayakun. Tuhan maqbul kan betul apa yang para B cakap. Mulalah mereka marahkan nasib, kononnya takdir tak adil. Walhal..........

Adakalanya apa yang berlaku pada kita adalah sememangnya kita "nak" kan. Secara tak sedar tentunya. Ibarat membunuh tanpa niat. Kalau ya pun seronok sangat orang puji,ucapkanlah kata-kata yang baik. Ucapan yang kita ulang-ulang sebetulnya adalah satu doa. Kaum wanita terutamanya, suka sangat mengulang-ulang kata-kata yang sememangnya nak ia luahkan, janji kena pada masanya, mesti tak lepas peluang untuk lepas geram.

Tapi kan, yang peliknya, kalau sesuatu pujian kita jawab dengan "Terima kasih, Alhamdulillah", orang yang bertanya pula akan marahkan kita. Dilabelnya kita berlagak bin sombong.

Apapun semuanya terpulang pada diri masing-masing. Apa yang penting, fikir dulu sebelum bercakap. Jangan sampai menyesal di kemudian hari. Ingatlah peribahasa: Mulutmu Harimau.

Friday, November 21, 2008

Anak:Antara Amanah dan Impian

Dalam sebuah majelis kenduri 2 orang sahabat berjumpa. Dalam sembang-sembang........

Pah: Ei, mengandung lagi kah. Anak ke berapa ni?
Ta: Anak ke 7 insya allah. Hang pun?
Pah: Anak ke 8 insya allah......(tersenyum simpul)
Ta:Ei, kalah lah aku ni ye? (menjeling)

Mak Jah: Yang hangpa berdua seronok anak banyak ni pasal apa? Hangpa ingat bela anak tu senang. Hidup zaman ni lagi banyak cabaran tau. Bukan setakat nak pikir bab makan pakai, bab sekolah depa pun kena pikir sama. Dulu lain, kalau nak makan apa boleh tanam, boleh tuai sendiri, boleh cari dalam hutan. La ni? (geleng kepala)

Pah: Ala makcik, Ta seronok, anak jantan semua. Tak macam saya. Anak jantan baru sorang. Orang kata tak da anak jantan, tak da waris.

Mak Senah: (menyampuk) Dulu boleh lah kata macam tu. Tok nenek hangpa banyak bendang. Anak jantan kena jaga bendang. La ni bendang takat serelung, boleh dapat apa. Tak cukup makan jugak.

Ta:Saya ni pulak teringin anak perempuan, Makcik. Kan seronok kalau ada baby girl. Esok besak, boleh lah jadi kawan masak, teman sembang.

Mak Jah: Iyalah tu. Dulu kita kata bela anak jantan lebih senang pasal....kalau dia pi jauh, retilah dia balik sendiri. Tak gaduh nak cari. Tapi kalau anak perempuan, hilang.....ha, boleh kecoh satu kampung. Itu.....dulu. Tapi la ni, tak kira anak jantan kah, perempuan kah, dua-dua seksa nak bela. pasal........Kalau anak jantan, takutlah pulak kita kalau-kalau dia jadi mat rempit kah, penagih dadah kah......kalau anak perempuan pula, bimbang pula kita kalau-kalau dia terikut-ikut jadi minah rempit atau GRO atau benda-benda lain yang tak elok .

Mak Senah: Macam ni lah...... tak kira lah anak banyak kah sikit kah, kena jaga elok-elok tau. Bukan takat makan pakai, tapi juga ilmu agama depa. La ni nak belajar agama pun kena jaga, jangan sampai silap masuk pulak. Silap hari bulan jadi pengikut aliran sesat pulak, macam Ayah Pin tu. Eiii........Na'udzubillah.

Pah dan Ta sama-sama membisu. Ada seribu impian dalam hati masing-masing. Impian setiap insan yang bergelar ibu. Impian yang semestinya merupakan amanah dari Tuhan.

Tuesday, November 18, 2008

Identiti Bahasa Kita

Beberapa hari lepas saya menerima sms dari husband bunyinya:nak tanya, kat indon, New zealand ?. Saya Balas: Selandia Baru.

Sekilas pandang memanglah nampak macam orang kat Indonesia tu macam tak tahu bahasa Inggris, tapi sebetulnya New Zealand ternyata lebih dikenali dalam bahasa Indonesia yaitu: Selandia Baru.

Mengikut perlembagaan negara Indonesia, bahasa Indonesia adalah bahasa Negara. Di sana bahasa Indonesia benar-benar menjadi jembatan komunikasi. Boleh anda bayangkan Indonesia mempunyai paling sedikit 365 suku sakat dan bahasa masing-masing. Ambil contoh yang paling mudah, kalau orang minang cakap minang dengan orang jawa yang bertutur bahasa Jawa, memang akan celaru sebab sama-sama tak faham. Atau orang Batak cakap Batak dengan orang Sunda yang bertutur dalam bahasa Sunda, kesudahannya sama-sama pening. Berbeza dengan kita di sini, orang Kedah mesti reti bahas Kelantan walaupun dia tak fasih bertutur dalam bahasa Kelantan. Orang Perak cakap Perak tak ada masalah dengan orang Johor yang bertutur dalam bahasa Johor.

Di Indonesia usaha untuk mendidik rakyat untuk menggunakan bahasa Indonesia telah bermula seawal tahun Kemerdekaannya 1945. Berbagai usaha telah dilakukan untuk menaiktaraf penggunaan bahasa sehingga akhirnya terhasillah Kamus Besar Bahasa Indonesia yang paling lengkap dan cukup detail untuk dijadikan rujukan oleh seluruh lapisan masyarakatnya.

Kalau anda berkesempatan pergi ke Indonesia anda akan nampak bahwa semua jalan dan papan tanda di tulis dalam bahasa Indonesia. Hanya beberapa papan iklan pelancongan sahaja yang menggunakan bahasa Inggris. Khidmat penterjemah/translator pun tersedia di sana untuk para pelancong antarabangsa. Walaupun di sana ada ratusan suku sakat dengan bahasa yang berbeza di tambah dengan kaum lain seperti cina, india muslim dan arab, tidak timbul isu nak guna semua jenis bahasa sebagaimana yang berlaku di Malaysia ini.

Bukanlah saya nak melebih-lebih pula, tapi saya fikir, kalau benar kita sayangkan negara ini gunalah bahasa negara kita yaitu bahasa Malaysia. Tak ada istilah akan ada kaum yang terpinggir dek kerana penggunaan bahasa. Kalau dalam bahasa pun kita tidak boleh bersatu hati, inikan pula nak bincang bab lain yang lebih penting seperti kemungkinan kemelesetan ekonomi di tahun-tahun mendatang.

Tak salah rasanya kita menjadikan negara jiran kita itu sebagai cermin. Kalau Indonesia mahu berlapang dada belajar inovasi teknologi terkini dari Malaysia, mengapa Malaysia tak mahu belajar dari pengalaman sejarah Indonesia. Bukankah kita serumpun? Hampir tiada beza. Bukanlah pula saya nak suruh Malaysia tiru bulat-bulat sistem di Indonesia, tapi setidaknya kita boleh menjadikan ia satu iktibar dan memperoleh solusi yang bersesuaian dengan keadaan di Malaysia.

Saturday, November 15, 2008

Selenggara

Tak silap saya baru-baru ini dalam suatu majelis PM Abdullah Ahmad Badawi pernah menyeru rakyat Malaysia untuk menyelenggara fasiliti yang ada dengan baik. Kerana dengan cara itu, menurut beliau, negara boleh berjimat cermat dan memotong cost yang berlebihan. Pada saya ,ketika itu, ianya adalah pandangan yang tak populist. Mungkin sebab tidak populist itulah baru saya teringat nak membahas hal ini.

Tapi kalau kita fikir masak-masak apa yang PM katakan itu ada benarnya. Mungkin rakyat kita terlalu manja atau mungkin mereka berfikir kerajaan banyak sangat wang sehingga apa-apa yang tersedia di depan mata dibuat tak kisah. Ambil contoh, public phone. Geramnya saya tengok perangai remaja sekarang, time jatuh cinta bukan main dibelainya telephone tu sampai kita tak da chance langsung nak guna. Tapi time broken heart, hancur berkecailah telephone kena belasah, walhasil siapa pun tak boleh guna, telkom pening kepala.

Itu fasiliti awam, tapi ada juga yang bukan fasiliti awam tapi berkenaan dengan hak milik orang lain. Duduk di rumah sewa, langsung tak mau kisah dengan keadaannya. Alasannya itu tuan rumah punya pasal. Pasang paku di dinding sampai habis berlubang semua. Tandas pun sampai berlumut buat tak nampak. Bahkan ada pula yang biar saja pokok tumbuh dalam bilik mandi. Tak percaya? Mai sini, saya tunjukkan kalau nak bukti.

Yang lebih hebat, ada pula tuan rumah yang sewakan rumah tapi hanya 2 kali datang tengok keadaan rumah sewanya, waktu penyewa nak masuk dan waktu penyewa nak tamatkan sewa rumah. Kerosakan kat bumbung, kaca tingkap yang pecah , tangki air yang bocor dia buat tak kisah. Yang dia tahu tiap bulan penyewa kena bayar sewa. Pandai-pandailah macam mana penyewa nak dok kat rumah tu. Alasannya, terlalu ramai yang nak sewa rumah, tak sempat nak repair. Natijahnya, tanpa disedari rumah sewa kesayangannya rosak teruk, tak siapa mau sewa lagi.

Ingat lagi dulu ketika masih bersekolah, my parents kerap bising kalau tengok kami pijak kasut ala slippers atau letak stockings merata-rata, baling beg sekolah kat sudut bilik dan macam-macam lagi kerenah. Hinggakan mungkin kerana dah tak larat nak bising my parents kata,"tak pa lah, nanti kalau anak- anak semua dah kerja, reti macam mana susahnya cari duit, barulah hangpa semua tahu macam mana nak menghargai barang."

Ternyata apa yang mereka katakan itu benar. Sungguh sakit hati saya dibuatnya kerana buku pertama yang saya beli dengan hasil keringat sendiri lalu dipinjam kawan, tapi kembali dalam keadaan haru biru, menyedihkan. Betullah orang kata, kalau tak nak orang lain buat benda tak elok pada kita, jangan buat benda tak elok pada orang. Samalah juga kalau kita tak reti jaga barang atau fasiliti apapun, jangan marahkan orang apabila suatu hari nanti di saat terdesak kita pula yang menerima padah yang menyedihkan.

Wednesday, November 12, 2008

Seeing is Believing

Ingat lagi dulu ketika masil kecil, iba bapa tok nenek selalu banyak beri nasihat dan pantang larang. Kalau sudah adzan magrib lekas masuk rumah sebab syaithan berkeliaran. Jangan duduk depan pintu, nanti lambat datang jodoh. Jangan menangis di tengah malam nanti setan datang. Jangan membazir nasi nanti nasi menangis. Dan.............macam-macam lagi. Masa tu, entah apa sebabnya kita pun ikut saja. Tak membantah, jauh lagi nak pertikai.

Sekarang ini pula sebut saja satu nasihat, budak kecil pun boleh bertanya Mengapa? atau sebab apa? Mulalah kita sebagai ibu bapa kelam kabut tak tahu nak bagi jawaban kerana jawaban itu sememangnya tak pernah diketahui. Pandai-pandailah mencari alasan dan sebab sendiri.

Sedikit pandangan mengenai kes tayangan video sajak kematian, pada saya ianya ibarat pisau bermata dua. saya pasti yang membuat video itu tujuannya baik yaitu memberi pengajaran kepada budak-budak yang kebanyakkannya lebih berpegang pada konsep seeing is believing, tengok dulu baru percaya. Mungkin kerana canggihnya zaman ini, kebanyakan orang beranggapan alam ruh dan segala sesuatu yang berhubung kait dengannya perlu dibuktikan secara real, seperti dalam cerita Ghost Whisperer atau Supernatural. Pembuktian secara logik yang kebanyakkannya mengabaikan banyak faktor Ilahiah. Alam ruh dianggap sesuatu yang boleh diterokai secara jasadi dan bukan secara ruh sahaja. Mungkin itu juga sebabnya ada juga yang berminat menjadi Seekers(NTV7).

Tetapi dari sisi lain, pada saya apa yang digambarkan dalam video itu terlalu "over" dalam pengertian sepatutnya teknik penyampaian sepatutnya lebih mudah dan mesra budak-budak. Bukankah kita bertujuan hendak membimbing dan bukan menakut-nakuti.

Untuk itu tentu saja diperlukan kerjasama dari berbagai pihak terkait, terutamanya para ulama' negara ini supaya boleh memberi panduan dan pandangan dalam pembikinan video yang berunsurkan pendidikan agama seperti ini.

Mana satu lebih menakutkan?

Beberapa hari lepas eksekusi hukuman tembak sampai mati sudah pun dilakukan oleh Republik Indonesia ke atas 3 pengebom Bali. Kawalan di sana- sini telah pun diperketat kerana dibimbangi akan berlakunya lebih banyak "kehancuran" lagi akan dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati, khasnya para penyokong 3 orang tersebut. Bimbanglah juga saya dibuatnya. Terlebih lagi bila mengingat husband and rombongan akan berlepas ke Jakarta atas urusan rasmi. Semoga Allah melindungi mereka. Amin.

Sebagai insan yang ilmu agamanya terlalu rendah, saya tak habis fikir, mengapa ada orang seperti 3 pengebom itu. Entah dalil Quran dan hadist yang mana satu yang membuatnya menghalalkan cara ala bomb untuk menghancurkan musuh Islam seperti yang didakwa. Hakikatnya terlalu ramai yang menjadi mangsa ketika itu,bukan sahaja orang asing sebagai target tetapi juga rakyat tempatan.

Pada saya, kalau ya pun mereka bencikan sangat orang kafir, rasanya tak ada satu dalil pun yang menghalalkan segala cara untuk memusnahkan mereka. Orang kafir pun kita perlu kenal pasti. Adakah ianya kafir dan memusuhi Islam secara terang-terangan atau kah kafir kerana kejahilan ilmu dan tidak sampai lagi hidayah iman dalam hatinya.

Pada saya, kalau ya pun bencikan sangat orang barat, tidak bererti harus memutuskan segala hubungan sedia ada dengan mereka. Cuba bayangkan sekiranya kita menghalang kemasukan semua produk dari barat tanpa usul periksa, bukankah rakyat negara ini juga yang akan rugi kerana ada sesetengah faktor yang tak kita punyai atau belum mampu kita miliki sendiri. Cuba bayangkan pula kalau negara ini ditegah dari mengeksport barangan ke luar, mesti lingkup lah negara ini kerana tak ada income yang masuk. Natijahnya ramai orang yang akan menderita.

Kita akui ramai orang non muslim di luar sana yang tidak menyukai Islam dengan berbagai alasan masing-masing. Tapi, janganlah pula kita memperburuk keaadaan dengan mencipta image teroris, keras dan fanatik di mata dunia. Semakin takutlah orang pada Islam.Semakin bencilah orang pada muslim dan akhirnya semakin jauhlah hidayah yang kita harapkan untuk mereka memahami hakikat islam sebenar.

Siapalah kita hendak menganggap diri sendiri paling benar. Sedangkan sebagai insan hakikatnya kita tak pernah terlepas dari silap salah dan dosa, bukan maksum seperti Rasulullah SAW. Siapalah kita hendak memaksa orang mengikut jalan kita dengan kekerasan sedangkan rasul pun menggunakan cara yang berhemah dan dalam Al quran pun terlalu banyak ayat yang menyuruh kita menyeru kebaikan kepada manusia dengan cara yang ma'ruf dan penuh kasih sayang.

Apakah umat Islam sekarang ini terlalu desperate sehingga tidak melihat jalan keluar lain selain tindakan yang anarki dan kejam? Ambil contoh kes seorang petani miskin di Pakistan yang dicungkil kedua biji matanya oleh puak Taliban kerana disyaki menjadi tali barut kerajaan. Cuba guna logik anda. Baru disyaki. Jadi siasatlah dulu betul-betul. Dalam Al Quran pun ada ayat yang menyuruh kita tabayyun atau recheck sekiranya sampai berita yang meragukan. Cari bukti yang kukuh. Ini, tergamak seorang yang mengaku muslim sejati menzalimi muslim lain?

Entah apa nak jadi dengan dunia Islam kita? Mari sama-sama kita fikirkannya. Wallahu'alam.

Saturday, November 1, 2008

Asbestos -Asbestosis

Asbestos is a mineral fiber. It can be positively identified only with a special type of microscope. There are several types of asbestos fibers. In the past, asbestos was added to a variety of products to strengthen them and to provide heat insulation and fire resistance.

Most products made today do not contain asbestos. Those few products made which still contain asbestos that could be inhaled are required to be labeled as such. However, until the 1970s, many types of building products and insulation materials used in homes contained asbestos. Common products that might have contained asbestos in the past, and conditions which may release fibers, include:
-STEAM PIPES, BOILERS, and FURNACE DUCTS insulated with an asbestos blanket or asbestos paper tape. These materials may release asbestos fibers if damaged, repaired, or removed improperly.

-RESILIENT FLOOR TILES (vinyl asbestos, asphalt, and rubber), the backing on VINYL SHEET FLOORING, and ADHESIVES used for installing floor tile. Sanding tiles can release fibers. So may scraping or sanding the backing of sheet flooring during removal.

-CEMENT SHEET, MILLBOARD, and PAPER used as insulation around furnaces and woodburning stoves. Repairing or removing appliances may release asbestos fibers. So may cutting, tearing, sanding, drilling or sawing insulation.

-DOOR GASKETS in furnaces, wood stoves, and coal stoves. Worn seals can release asbestos fibers during use.

-SOUNDPROOFING OR DECORATIVE MATERIAL sprayed on walls and ceilings. Loose, crumbly, or water-damaged material may release fibers. So will sanding, drilling or scraping the material.

-PATCHING AND JOINT COMPOUNDS for walls and ceilings, and TEXTURED PAINTS. Sanding, scraping, or drilling these surfaces may release asbestos.

-ASBESTOS CEMENT ROOFING, SHINGLES, and SIDING. These products are not likely to release asbestos fibers unless sawed, drilled or cut.

-ARTIFICIAL ASHES AND EMBERS sold for use in gas-fired fireplaces. Also, other older household products such as FIREPROOF GLOVES, STOVE-TOP PADS, IRONING BOARD COVERS, and certain HAIRDRYERS.

From studies of people who were exposed to asbestos in factories and shipyards, we know that breathing high levels of asbestos fibers can lead to an increased risk of:
-lung cancer;
-mesothelioma, a cancer of the lining of the chest and the abdominal cavity; and
-asbestosis, in which the lungs become scarred with fibrous tissue.

The risk of lung cancer and mesothelioma increases with the number of fibers inhaled. The risk of lung cancer from inhaling asbestos fibers is also greater if you smoke. People who get asbestosis have usually been exposed to high levels of asbestos for a long time. The symptoms of these diseases do not usually appear until about 20 to 30 years after the first exposure to asbestos.

Most people exposed to small amounts of asbestos, as we all are in our daily lives, do not develop these health problems. However, if disturbed, asbestos material may release asbestos fibers, which can be inhaled into the lungs. The fibers can remain there for a long time, increasing the risk of disease. Asbestos material that would crumble easily if handled, or that has been sawed, scraped, or sanded into a powder, is more likely to create a health hazard.

Asbestosis is a breathing disorder caused by inhaling asbestos fibers. Prolonged accumulation of these fibers in your lungs can lead to scarring of lung tissue and diminished breathing capacity. Signs and symptoms of asbestosis usually don't appear until years after exposure. But once apparent, the condition often worsens and can lead to disability and even death if exposure to asbestos continues.

The effects of long-term exposure to asbestos typically don't show up for at least 20 to 30 years after initial exposure. Signs and symptoms develop when damage and scarring caused by the asbestos fibers lead to stiffness in your lung tissue so that your lungs can't contract and expand normally (a form of pulmonary fibrosis). Once exposure to asbestos is stopped, however, the fibrosis does not progress.

Some asbestosis symptoms include:
-Shortness of breath, initially only with exertion, but eventually even while resting
-Decreased tolerance for physical activity
-Coughing
-Chest pain
-Finger clubbing in some cases

Although most of these signs and symptoms are similar to those of other breathing disorders, such as asthma, the way in which they develop is different. In asbestosis the effects of the disease are insidious, occurring over months and years.

Because asbestos occurs naturally in the environment, everyone breathes in a certain amount of asbestos fibers. Usually, these are expelled before they reach the deeper areas of your lungs, but even if they do, a few fibers won't create signs and symptoms of asbestosis.

People most at risk of developing asbestosis are those who've had at least 10 years of moderate to severe exposure to asbestos, such as workers who were involved in the mining, milling, manufacturing or installation of asbestos products.

Brief exposure to asbestos a few times in your life won't cause harm. However, it's always best to avoid direct exposure. If you're about to remodel an older house, for example, you may wish to hire a professional to determine if asbestos is present. He or she can safely sample a suspected asbestos product and help you decide on the best way to proceed. Even if no asbestos can be detected, it's best to wear appropriate face masks and other protective gear when working with do-it-yourself projects, to keep you from inhaling dust, chemicals and other foreign particles.
Removal of asbestos products is generally considered a major project. If you decide to have it done, seek the help of a professional.

If you have a history of exposure to asbestos and you're experiencing increasing shortness of breath, talk to your doctor about the possibility of asbestosis. If it is asbestosis, your doctor may be able to prescribe treatment to relieve your symptoms. However, it's unlikely that the disease will progress after removal from exposure.