Tak silap saya baru-baru ini dalam suatu majelis PM Abdullah Ahmad Badawi pernah menyeru rakyat Malaysia untuk menyelenggara fasiliti yang ada dengan baik. Kerana dengan cara itu, menurut beliau, negara boleh berjimat cermat dan memotong cost yang berlebihan. Pada saya ,ketika itu, ianya adalah pandangan yang tak populist. Mungkin sebab tidak populist itulah baru saya teringat nak membahas hal ini.
Tapi kalau kita fikir masak-masak apa yang PM katakan itu ada benarnya. Mungkin rakyat kita terlalu manja atau mungkin mereka berfikir kerajaan banyak sangat wang sehingga apa-apa yang tersedia di depan mata dibuat tak kisah. Ambil contoh, public phone. Geramnya saya tengok perangai remaja sekarang, time jatuh cinta bukan main dibelainya telephone tu sampai kita tak da chance langsung nak guna. Tapi time broken heart, hancur berkecailah telephone kena belasah, walhasil siapa pun tak boleh guna, telkom pening kepala.
Itu fasiliti awam, tapi ada juga yang bukan fasiliti awam tapi berkenaan dengan hak milik orang lain. Duduk di rumah sewa, langsung tak mau kisah dengan keadaannya. Alasannya itu tuan rumah punya pasal. Pasang paku di dinding sampai habis berlubang semua. Tandas pun sampai berlumut buat tak nampak. Bahkan ada pula yang biar saja pokok tumbuh dalam bilik mandi. Tak percaya? Mai sini, saya tunjukkan kalau nak bukti.
Yang lebih hebat, ada pula tuan rumah yang sewakan rumah tapi hanya 2 kali datang tengok keadaan rumah sewanya, waktu penyewa nak masuk dan waktu penyewa nak tamatkan sewa rumah. Kerosakan kat bumbung, kaca tingkap yang pecah , tangki air yang bocor dia buat tak kisah. Yang dia tahu tiap bulan penyewa kena bayar sewa. Pandai-pandailah macam mana penyewa nak dok kat rumah tu. Alasannya, terlalu ramai yang nak sewa rumah, tak sempat nak repair. Natijahnya, tanpa disedari rumah sewa kesayangannya rosak teruk, tak siapa mau sewa lagi.
Ingat lagi dulu ketika masih bersekolah, my parents kerap bising kalau tengok kami pijak kasut ala slippers atau letak stockings merata-rata, baling beg sekolah kat sudut bilik dan macam-macam lagi kerenah. Hinggakan mungkin kerana dah tak larat nak bising my parents kata,"tak pa lah, nanti kalau anak- anak semua dah kerja, reti macam mana susahnya cari duit, barulah hangpa semua tahu macam mana nak menghargai barang."
Ternyata apa yang mereka katakan itu benar. Sungguh sakit hati saya dibuatnya kerana buku pertama yang saya beli dengan hasil keringat sendiri lalu dipinjam kawan, tapi kembali dalam keadaan haru biru, menyedihkan. Betullah orang kata, kalau tak nak orang lain buat benda tak elok pada kita, jangan buat benda tak elok pada orang. Samalah juga kalau kita tak reti jaga barang atau fasiliti apapun, jangan marahkan orang apabila suatu hari nanti di saat terdesak kita pula yang menerima padah yang menyedihkan.
No comments:
Post a Comment