Rasanya belum terlambat kalau saya nak sedikit mengulas isu di atas. Dalam heboh-hebohnya isu ini diperkatakan, mungkin ada 2 perkara yang tak berapa kita sedari:
1. Pengkid adalah penyakit. Bukan setakat penyakit sosial tapi juga penyakit "mental" si pesakit yang semestinya diubati
2. Adakalanya kita sendiri yang menjadi penyebab timbulnya penyakit ini. Perhatikan kes-kes berikut yang merupakan kisah benar yang pernah saya jumpai sendiri.
Kes1
Sepasang suami istri mempunyai 2 orang anak perempuan dan seorang anak laki-laki. Sang istri memang lawa. Sayangnya, kecantikannya tidak diwarisi oleh 2 anak perempuannya. Justru, anak laki-lakinya yang paling menepati kemiripannya. Semenjak kecil si boy selalu di layan bak puteri raja, semua kemahuannya dituruti san ibu. Sebagai balasan, sang ibu akan mendandani si boy dengan gelang kaki, rantai tangan bahkan baju perempuan yang sememangnya nampak cantik dipakai oleh si boy yang lawa. Sang bapa yang tak tahu menahu hal tersebut, hampir sakit jantung ketika kemudian dalam usia remaja, si boy nampak dalam pakaian perempuan dan meminta keizinan sang bapa untuk menjadi perempuan. Na'udzubillah.
Kes 2
A seorang student di sebuah universiti di ibu kota. Sudah pun hampir menyelesaikan pendidikannya. Namun amat malang nasibnya kerana bebanan ekonomi keluarga berada di bahunya. Part time job sebagai pelayan di sebuah cafe tak mampu menyara kos pendidikan adik-adiknya. Satu hari dia bertemu dengan rakan lama, yang kemudian "offer satu job". Kerja mudah katanya, layan Bos istilahnya. Pada awalnya A ragu-ragu, namun sekali terjebak, A tak mampu melepaskan diri. Akhirnya kalau siang A bergelar lelaki tapi kalau malam bergelar "Nancy". Na'udzubillah.
Kes 3
B, Seorang istri sedang sarat mengandung. Ini anak yang ke 10. Sebetulnya ia dah tak maukan anak lagi. Tapi apa nak kata, suami "suka". Selama mengandung, B asyik mengucapkan kata-kata kotor. Terlalu geram agaknya kerana terpaksa mengandung lagi. Kalau ada orang bagi nasihat, dia justeru akan maki balik. Tak habis-habis ia memaki jiran sebelah rumah, seorang mak nyah. Mungkin kerana doa orang yang terhina atau mungkin juga ianya balasan Tuhan atas lisannya, sang anak laki-laki membesar dan menjadi .......mak nyah. Na'udzubillah.
Kes 4
C, seorang fashion designer. Kerjanya tentu lebih banyak fitting baju untuk model-model perempuan. Sudah terlalu "biasa" baginya untuk tengok "barang" perempuan. Entah macam mana bermulanya, ia jadi tak minat dengan golongan perempuan. Sehingga kemudian memutuskan untuk "beralih arah" kerana katanya "barang" lelaki susah nak tengok. Na'udzubillah.
Kes 5
D, seorang kerani di sebuah syarikat. Satu hari ia bertemu dengan E, seorang klien yang juga perempuan. Kerapnya perjumpaan, membuat mereka berdua jadi semakin akrab, best friend katanya. Secara fizikal, tiada apa yang berbeza pada diri E. Amat anggun dan feminin. Tetapi, ia mempunyai "perasaan" terhadap kaum sejenis. Bermula dari kerap shopping bersama, akhirnya E mengubah naluri D. D berusaha melepaskan diri. Ia tahu perbuatan dosa yang sudah dilakukannya. D ingin kembali ke pangkal jalan, tapi E "mengikatnya". Na'udzubillah.
Kes-kes yang saya kemukakan di atas bukanlah bermaksud mengaibkan mana-mana pihak. Sekadar mengingatkan bahwa adakalanya kita terlepas pandang pada hal-hal remeh. Perlu kerja sama dari berbagai pihak untuk mengatasi penyakit ini, bukan setakat geleng kepala lalu menjatuhkan "hukuman". Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment