Orang Islam sepatutnya merasa bangga kerana mempunyai Islam sebagai agamanya. satu agama yang sempurna. Tiada yang lebih sempurna darinya. Berbagai panduan hidup dan mati ada dalam Islam. Tak percaya? Sila tengok Al Quran dan Al Hadist. Tak ada yang kurang. Semuanya terpulang pada kita nak guna fasiliti yang telah diberi "percuma" ini atau tidak. Sila ukur iman sendiri.
Sebagai muslim sepatutnya kita menganggap sholat bukan sekedar kewajiban tetapi juga satu keperluan. Walaupun, tak dinafikan, bagi kaum perempuan khasnya, masa "cuti sholat" adalah masa yang "melegakan", terlepas dari beban sholat, boleh buat kerja lain atau lebihkan masa untuk buat kerja lain yang tak boleh dibuat pada masa "perlu sholat".
Dengan sholat sebetulnya kita bukan setakat menjalin ikatan hati dengan Tuhan sang pencipta, tapi juga "merehatkan" hati dan pikiran kita dari semua "beban" yang kita pikul. Tidakkah konsep ini lebih kurang sama dengan konsep Yoga?
Pada saya, sebagai muslim kita tak perlu terlalu tercari-cari cara untuk sihat sehingga lupakan hukum dan syariat Islam yang sedia ada. Anda boleh bersilat, ber-kickboxing, ber-taichi dan lain-lain kaedah untuk menyihatkan badan. Tapi satu perkara yang perlu anda telaah sebelum mengikuti mana-mana kaedah itu ialah: Adakah ianya mempunyai konsep yang sama dengan sholat? Adakah ianya memerlukan "ikatan hati dan jiwa" dengan Sang Pencipta? Siapa Sang Pencipta yang dimaksud? Kalau bukan Allah yang dimaksud dan kalau kaedah yang diguna bertentangan dengan syariat Islam, jauhinya. Bimbanglah pula kita "terkeluar" dari iman tanpa kita sedari. Jadi, pikir-pikirkanlah. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment