Condemn Israel!!!!!

Friday, November 21, 2008

Anak:Antara Amanah dan Impian

Dalam sebuah majelis kenduri 2 orang sahabat berjumpa. Dalam sembang-sembang........

Pah: Ei, mengandung lagi kah. Anak ke berapa ni?
Ta: Anak ke 7 insya allah. Hang pun?
Pah: Anak ke 8 insya allah......(tersenyum simpul)
Ta:Ei, kalah lah aku ni ye? (menjeling)

Mak Jah: Yang hangpa berdua seronok anak banyak ni pasal apa? Hangpa ingat bela anak tu senang. Hidup zaman ni lagi banyak cabaran tau. Bukan setakat nak pikir bab makan pakai, bab sekolah depa pun kena pikir sama. Dulu lain, kalau nak makan apa boleh tanam, boleh tuai sendiri, boleh cari dalam hutan. La ni? (geleng kepala)

Pah: Ala makcik, Ta seronok, anak jantan semua. Tak macam saya. Anak jantan baru sorang. Orang kata tak da anak jantan, tak da waris.

Mak Senah: (menyampuk) Dulu boleh lah kata macam tu. Tok nenek hangpa banyak bendang. Anak jantan kena jaga bendang. La ni bendang takat serelung, boleh dapat apa. Tak cukup makan jugak.

Ta:Saya ni pulak teringin anak perempuan, Makcik. Kan seronok kalau ada baby girl. Esok besak, boleh lah jadi kawan masak, teman sembang.

Mak Jah: Iyalah tu. Dulu kita kata bela anak jantan lebih senang pasal....kalau dia pi jauh, retilah dia balik sendiri. Tak gaduh nak cari. Tapi kalau anak perempuan, hilang.....ha, boleh kecoh satu kampung. Itu.....dulu. Tapi la ni, tak kira anak jantan kah, perempuan kah, dua-dua seksa nak bela. pasal........Kalau anak jantan, takutlah pulak kita kalau-kalau dia jadi mat rempit kah, penagih dadah kah......kalau anak perempuan pula, bimbang pula kita kalau-kalau dia terikut-ikut jadi minah rempit atau GRO atau benda-benda lain yang tak elok .

Mak Senah: Macam ni lah...... tak kira lah anak banyak kah sikit kah, kena jaga elok-elok tau. Bukan takat makan pakai, tapi juga ilmu agama depa. La ni nak belajar agama pun kena jaga, jangan sampai silap masuk pulak. Silap hari bulan jadi pengikut aliran sesat pulak, macam Ayah Pin tu. Eiii........Na'udzubillah.

Pah dan Ta sama-sama membisu. Ada seribu impian dalam hati masing-masing. Impian setiap insan yang bergelar ibu. Impian yang semestinya merupakan amanah dari Tuhan.

1 comment:

Anonymous said...

hehe..mmg susah nk bela anak la ni..yg 2 ni pun rasa macam tk ter handle.ni kan lg 7-8 org.esok2 nk masuk u cmner gk nyer ye..