Teringat saya dengan masa remaja. ketika itu rakan-rakan sekolah menengah begitu tergila-gilakan dengan zodiak. Sanggup berhabis duit untuk beli majalah atau surat khabar, semata-mata nak tahu apa zodiak mereka kata setiap hari. Ada yang dari awal pagi sudah nampak bad mood kerana zodiak kata benda yang membuat mereka susah hati, bahkan sampai menangis dibuatnya. Tapi bagi yang akan dapat "tuah" pula, ayik senyum sampai nak kering gusi. Saya pula.......mungkin sebab asyik-asyik dapat "bad luck" jadi tak peduli dengan semua itu. (Hehehe.....)
Seiring dengan perkembangan masa dan usia, saya pula mendengar cara tilik-menilik ala melayu, pantang larang dalam dunia melayu. Sesetengah benda tu, pada saya memang logik, tapi sesetengah benda pula.......saya lebih suka bersikap no comment kerana bimbang ada yang terasa hati pula.
Hampir dalam masa yang bersamaan, saya pula mengenal feng shui, yang sememangnya berasal dari dunia cina. Pada awalnya tak berapa reti. Tapi mungkin kerana peranan media massa yang lebih bersifat "open minded", banyak juga benda yang saya tahu. Dan rasanya ada sesetengah perkara sebetulnya lebih kurang sama dengan amalan dalam dunia melayu.
Cuma kan, kadang-kadang saya rasa geli hati apabila tengok melayu kita. Tak tahu lah saya apa yang ada dalam kepala mereka, kekadang mereka mengikut sesuatu tanpa ilmu dan tanpa guru. Main "strike" saja. Pada saya setakat ini, dalam batasan tertentu, feng shui boleh diterima dalam pengertian selagi ianya tidak bercanggah dengan aqidah. Tapi kalau ya pun nak ikut feng shui, eloklah tanya pada orang yang betul-betul faham. Ini tidak, ada saja chinese depan mata, tak kira kenal atau tidak, tanya bab feng shui. Chinese tu pun menganga semacam. Tak semestinya semua chinese reti bab feng shui. Mereka pun perlukan orang yang memang berkebolehan dalam hal ini. Bukan main tanya ini dan itu, lalu terus "apply" dalam rumah.
Apa yang pasti kaumMelayu, Cina atau pun India, masing-masing punya cara tersendiri dalam bab ini. Yang percaya tu, biarlah berpada-pada. Yang tak percaya tu.........elok no comment lah, sebab ada ramai perasaan yang perlu dijaga. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment