Condemn Israel!!!!!

Saturday, January 3, 2009

Do we really need a superhero?

Semalam saya melawati sebuah blog dan dalam chat side terdapat seseorang yang memberikan idea untuk mencipta komik superhero atau sejenisnya untuk melariskan produk tertentu.

Sebut saja superhero, dalam minda saya terbayang tokoh lelaki atau perempuan yang bertubuh sasa dan memiliki super power yang tak dimiliki orang lain. Seperti Superman, Spiderman, Batman, Hero atau seperti dalam rancangan versi Stan Lee, Who Wants To Be Superhero?.

Saya tak nafikan beberapa komik superhero pernah juga menjadi "teman". Bahkan sampai sekarang ada tokoh komik superhero yang tetap menjadi idola. Cuma kan, seiring dengan perkembangan kedewasaan, apatah lagi sekarang dah ada 2 anak, saya mula menilai superhero dari pandangan seorang ibu.

Risau betul saya ketika anak sulung main ultraman atau Justirizer bersama si adik,melompat dari atas sofa dan macam-macam lagi aksi yang ditirunya. Atau tak mahu masuk tidur malam, semata-mata teruja nak tengok rancangan Who Wants To Be Superhero? Tanpa disedari film atau sejenisnya amat mempengaruhi minda kanak-kanak. Kalau nak halang depa tengok pun sukar juga, sebab selalunya esok atau pada kesempatan lain, dia akan sedih kerana cuma boleh terpinga-pinga ketika rakan-rakan sepermainan asyik bercerita mengenai hero tersebut.

Di lain sudut pula, untuk mencipta superhero produk tertentu sebetulnya bukan perkara yang mudah. Ada banyak tanggung jawab yang perlu dipikul. Dari segi cost itu sudah pasti tapi dari segi impak atau kesan psikologi terhadap anak-anak, itu yang mesti diambil kira. Apa yang kita harapkan dari superhero tersebut? Apakah dengan mengkonsumsi produk berkenaan anak-anak pun boleh memiliki super power dalam alam realiti? Tentu tidak kan.

Kalau nak ambil jenis haiwan atau tumbuhan sebagai superhero pula, tidakkah kita telah membangkitkan imaginasi yang terlalu muluk untuk anak-anak kita. Ibarat orang yang mencipta karakter Santa Klaus. Ketika masih kecil,anak-anak memujanya, tetapi setelah mereka membesar mereka sendiri pun tahu karakter itu benda khayalan saja, tapi kemudian mewariskan "kebohongan" serupa pada anak-anak mereka kelak? Alangkah naif nya.

Pada saya nak melariskan produk apapun kena "beradab". Ertinya timbang dulu baik buruk kesannya pada masa kini atau pun pada masa hadapan. Menjual produk yang halalan toyyiban itu satu hal. Tapi membuat iklan yang memberi kesan positif pun harus diambil kira.

No comments: