Condemn Israel!!!!!

Friday, January 16, 2009

Maaf Ala Zionis

Menyampah, mungkin itu gambaran yang tepat ketika Zionis "meminta maaf" kononnya "tanpa sengaja" mencederai rakyat awam. Tak tahu lah apa pula taktik terbaru zionis. Seingat saya, Penjahat Perang Serbia tak sedikit pun meminta maaf di atas kezalimannya terhadap rakyat Bosnia. Kalau nak bunuh, bunuh je, mungkin begitulah lebih kurang situasi di masa itu.

Adakah Zionis sengaja berbuat demikian kerana nak tunjuk bahwa mereka masih ada lagi sisi kemanusiaan di sebalik jiwa kebinatangan mereka? Ataukah mungkin itu sekedar muslihat untuk mengaburi mata dunia supaya pada akhirnya Hamas akan di persalahkan? Pada saya, buat lah macam mana pun, hingga setakat ini Hamas tak buat salah pun. Mereka cuma nak mempertahankan hak rakyat Palestine dan merampas kembali hak-hak mereka yang telah pun dimamah Zionis sekian lama. Bab rakyat nak tolong mereka, rasanya kalau nak ikut logik seumpama Malaysia sedang perang, takkan rakyat nak biar askar saja yang perang kot, tentu rakyat pun akan membantu sama.

Saya tak berapa pasti apakah Zionis kelak akan dihadapkan ke mahkamah jenayah perang seperti Serbia. Saya pikir, kalau boleh pun, sepatutnya dibuat sejak dulu lagi. Mengapa sebelum ini dunia seakan teragak-agak nak menghukum Israel. Hinggakan US dah berani tunjuk taring dan secara terang-terangan memberi sokongan padu terhadap Zionis. Mengapa pula PBB seakan "lumpuh", tak upaya nak buat apa pun kecuali setakat mengeluarkan resolusi tapi itu pun tanpa kuasa untuk "memaksa" resolusi itu dijalankan oleh Zionis. Agaknya memang PBB perlu kaji semula bab hak veto. Itu kalau mereka mahu tetap dihormati oleh mana-mana negara di dunia ini. Kalau anggota PBB sendiri tak upaya nak "menundukkan "zionis, silap hari bulan, zionis pula yang akan "ambil alih" PBB sebagaimana hak veto US di PBB.

Pada saya Zionis minta maaf lah macam mana pun hakikatnya ia takkan mengubah realiti yang mereka telah menzalimi rakyat Palestine, mereka takkan mampu mengembalikan beribu-ribu bahkan berjuta-juta nyawa yang telah melayang. Infrastuktur boleh dibina semula, tapi hati yang hancur akibat kehilangan orang-orang tersayang, jiwa yang merana akibat dirampas hak-haknya dan tanah Palestine yang menangis kerana dipijak-pijak zionis tak akan pernah mampu diubati atau bahkan disembuhkan oleh sekedar permintaan maaf. Tidak di dunia ini, dan tidak juga di akhirat. Yakinlah doa orang yang dizalimi adalah maqbul. Yakinlah kelak Zionis pula yang akan menerima hukuman terus dari Allah SWT. Amin.

No comments: