Condemn Israel!!!!!

Friday, January 9, 2009

Debaran Pertama

Rasanya baru semalam saya melahirkan anak sulung. Tanpa terasa waktu berlalu begitu cepat. Sekarang sudah pun genap seminggu ananda memulakan sesi persekolahan di tadika. Pada awalnya tak pasal-pasal saya pula yang rasa berdebar-debar.Macam-macam perkara yang dipikirkan, risaukan ananda bolehkah tidak "berjauhan" dari saya. Atau mungkin juga betul kata orang antara kaum ibu dan kaum bapa, kaum ibu lah yang selalunya "terlebih". Terlebih excited, terlebih nervous dan terlebih harapan daripada si anak sendiri. hehehe....

Pagi Isnin, seperti yang sudah pun saya jangkakan, ada-ada saja kerenah yang ananda buat. Kuah kari kegemarannya boleh pula dia kata too spicy. Kasut yang biasa dia pakai boleh pula dia kata too small. Gementar ia agaknya. Pada hari pertama memang heboh, mungkin sebab ramai rakan baru dan cikgu tadika yang sememangnya baru ia kenali. Tapi masuk saja hari kedua, boleh pula dia kata:"Mama, go home lah. I want to go to school". Wah, belagak betul kan, nampaknya ananda mula berasa selesa belajar di tadika. Alhamdulillah.

Tapi kan yang lebih heboh lagi, tepat pukul 12 tengah hari, ananda bising tak mau balik rumah pula. Dia kata masih nak belajar lagi. Akhirnya setelah kami berbincang dengan cikgu tadika, kami membenarkan ananda terus berada di tadika, ikut sesi fardhu ain sampai pukul 3 petang. Lepas tu, mau tak mau ananda kena balik rumah sebab tentu dia pun perlukan rehat yang cukup. Alhamdulillah, so far so good.

No comments: