Sengaja saya tidak menterjemah makna tajuk di atas kerana hakikatnya masing-masing kata tersebut mempunyai makna berganda. Imperialism lebih kurang sama dengan colonialism tapi hakikatnya ianya mempunyai makna yang lebih luas. Modern pula bukan hanya ketika kita rujuk dengan masa/time tapi juga teknik yang diguna untuk melakukan imperialism.
Satu ketika dulu imperialism lebih kepada penjajahan atau dominasi secara fizikal atau luaran Ambil contoh, buruh kerja paksa atau ekspansi ke tempat-tempat yang belum pernah dihuni atau dikuasai sebelumnya ala Columbus ketika menerokai benua Amerika atau ala British ketika memasuki India. Tapi sekarang imperialism juga meliputi penguasaan secara mental dan juga moral pihak yang dijadikan target. Tengok saja betapa taksubnya kita dengan beberapa jenama luar negara sehingga seringkali pada akhirnya seolah melabel jenama negara sendiri tidak setaraf dengan jenama antarbangsa. Atau, tengok saja betapa kita lebih rela memilih produk jenama US atau Paris dari pada jenama sesama negara Asia seperti Jepun atau Korea.
Ibarat sebuah permainan. Pen dikatakan pensil, pensil pula dikatakan pen. Pada awalnya memanglah kekok, tapi lama kelamaan si pemain akan rasa terbiasa walaupun hakikatnya hatinya menolak realiti di depan mata.
Campur tangan US terhadap beberapa negara sudah tak perlu diperkatakan lagi. Semua sudah pun tahu label World Police hanyalah sekedar topeng untuk menutupi hakikat yang US adalah negara yang berusaha mencengkam dunia dengan idea Imperialism nya. Label "Superior" selalu diwar-war kan baik secara sengaja atau pun tidak. Tengok saja, ketika kita tahu orang yang berada di depan kita belajar atau lulusan Harvard University misalnya, secara spontan kita akan terbeliak kagum, wah hebatnya, itu yang bermain di minda. Tapi, kalau lulusan UPM atau USM atau mana-mana PT tempatan, paling banyak pun kita akan kata "oooooooo......" tapi dengan mimik muka yang seolah mengatakan,"ala, biase je tu....".
Bukanlah kita nak kata semua yang datang dari dunia barat tidak baik, tapi ada ketikanya kita harus pikir dulu sebelum "mengambil" apapun dari dunia barat. Dan adakalanya juga menanamkan nasionalism dalam diri pun perlu, walaupun harga yang perlu dibayar "terlalu mahal".
Ambil contoh kereta Proton kita. Sebagai negara yang sedang berkembang maju, Malaysia boleh dikatakan melangkah bertapak-tapak lebih jauh. Kemampuan untuk membuat kereta sendiri sudah semestinya bukan setakat diberi pujian, tapi juga sokongan yang tak berbelah bagi. Kalau bukan rakyat Malaysia sendiri, siapa lagi. Ibarat penjual sayur. Kalau sendiri tak suka makan sayur, macam mana dia nak bagi tahu orang betapa berkhasiatnya kalau makan sayur. Begitu juga dengan apapun industri dalam negara, kalau rakyat sendiri tak suka nak pakai atau nak beli, jangan harap industri itu boleh sampai ke tahap antarabangsa.
Mencintai produk dalam negara adalah salah satu cara untuk melepaskan diri dari bentuk modern imperialsm. Melepaskan diri dari ketergantungan terhadap produk dari negara lain terutama sang imperialis US, dan kemudian menggantikannya dengan produk dalam negara bukan saja akan menjana pendapatan rakyat tapi juga menjadikan negara ini lebih berdikari.
Sekarang ini operasi boikot produk US dan sekutunya gencar dilaksanakan. Tapi siapa kah di antara kita yang sanggup melakukannya secara total. Tak kan kita nak buang handphone atau laptop buatan US yang susah payah kita beli atau boleh kah kita paksa anak-anak kita yang terbiasa makan snack US lalu diganti dengan jenama lain yang sememangnya tidak berapa sedap?
Boikot saja tak cukup, perlu juga sekat kemasukan produk US dan sekutunya. Dalam masa yang sama memajukan industri tempatan. Itu solusi yang betul. Memanglah benda ni susah nak buat tapi selangkah demi selangkah kita akan mampu mengubah sistem yang sedia ada. Sistem apa pun boleh diubah, asalkan orang-orangnya sedia membuat perubahan. Kita mampu melepaskan diri dari dominasi mana-mana negara pun. So, tunggu apa lagi?
No comments:
Post a Comment