Condemn Israel!!!!!

Tuesday, July 29, 2008

.....Inspirasi Hidupku

Dengar saja lagu intro TV3,na,na,nana,..........budak-budak pun akan menari keriangan. Kalau anda perasan, tentu selalu nampak ada tulisan Inspirasi Hidupku. Kali ini bukanlah saya nak bercerita tentang TV3. Tapi makna tulisan tersebut.

Pada saya, apapun dan siapa pun dalam dunia ini boleh menjadi inspirasi hidup kita. Ambil contoh pereka-pereka fesyen Project Runaway Malaysia yang mengambil inspirasi dari Film Transformers atau Classic British sebagai idea asal yang kemudian dikembangkan lebih jauh lagi.

Hakikatnya inspirasi bermula dari rasa kagum kita pada sesuatu atau seseorang itu. Anda boleh kagum dengan keunikan angkasa lepas yang akhirnya boleh diterokai oleh angkasawan Malaysia tapi anda harus ingat dan mengembalikan kekaguman itu kepada sang penciptanya yaitu Allah SWT. Anda boleh kagum dengan kekayaan alam bumi Malaysia, tapi mari kita kembalikan kekaguman itu dengan kesyukuran kepada penciptanya, juga ALLah SWT.

Anda boleh kagum kepada Lady Diana, mendiang Princess of People dari the UK, kerana kemurnian hatinya, tapi janganlah pula mengikut style hidupnya yang akhirnya menyebabkan mendiang mengidap bulimia. Anda boleh kagum kepada Hitler kerana "kedinginan" hati dan wajahnya mampu meletakkan Jerman di bawah satu komando , tapi janganlah pula anda meniru sifat kejamnya.

Pada asasnya dalam diri manusia terdapat 2 potensi, baik dan buruk. Kerana itu bila mengagumi seseorang hendaklah berpada-pada. Tidak ada yang sempurna di dunia ini, melainkan Rasulullah dan ahli keluarganya.

Remaja sekarang pula seolah-olah hilang arah. Tak pasti siapa yang mereka kagumi, siapa yang menjadi inspirasi dan idola. Adakah ini kesalahan ibu bapa, remaja itu sendiri atau persekitaran tempat tinggalnya, ia ibarat benang kusut. Susah nak dihuraikan. Perlu masa dan kesabaran dari semua pihak untuk menyelesaikannya.

No comments: