Semalam kami sekeluarga baru balik dari Kelantan. Nak dijadikan cerita, my husband's nephew terlibat kemalangan. Semua akibat mat rempit yang bermaharajalela di jalan raya. Kabarnya, kalau di Kedah dan Perak, mat rempit hanya beraksi pada hujung minggu, di Kelantan pula mat rempit beraksi tiap hari, non stop, tanpa cuti. Polis pun dah naik jemu dibuatnya. Dahsyat betul kan? Saya jadi tertanya-tanya, mungkinkah mat rempit ini wujud dari rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang memerintah kelantan atau.........inilah hasil pendekatan "mesra" Pemuda UMNO?
Ada seperkara lagi yang selalu menjadi rungutan. Perjalanan pergi dan balik memang ekstra meletihkan. Kekadang bermain dalam minda saya" alangkah zalimnya kerajaan pusat,tak sedia access jalan yang sempurna untuk keluar masuk kelantan. Kalaulah ada "straight highway" macam di negeri-negeri lain kan elok, tentulah perjalanan tak berapa meletihkan dan memakan masa 8-9 jam (itu termasuk 2 kali waktu rehat). Janganlah kerana marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar.
1 comment:
Puan Oasis,
jangan marah-marah. Belajar dan cuba fahamkan kenapa ada parti UMNO, PAS, dap, mic,mca dll. Kemudian fikirkjan juga kenapa Allah jadikan syurga dan neraka?
Jwp= IMAN dan AMAL.
Post a Comment