Secara Am difahami bahwa ulama' ialah seorang yang mempunyai keluasan ilmu (ilmu agama khasnya) dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Yang termasuk ulama' dalam konteks ini adalah para pendakwah(lebih dikenali dengan sebutan ustadz, ustadzah), mufti serta orang-orang yang menjadi rujukan dalam hal agama (directly or in directly) dalam masyarakat.
Kembali kepada konsep ulama' itu sendiri, sudah menjadi kemestian bahwa ulama' bukan sahaja memahami agama secara teori tetapi juga secara praktikal. Oleh kerana itu, ada beberapa perkara yang patut menjadi ingatan bagi golongan ini:
1. ulama' hendaklah menyeru, mengajak ke arah kebaikan, bukan semata-mata menghakimi.
Adakalanya ulama' lupa bahawa hati manusia ibarat cermin. Cermin itu mudah pecah, kerana itu berhati-hatilah membawanya. "Kekerasan" dalam menyebarkan seruan kebaikan justru akan menyemarakkan lagi api kebencian dalam hati ummat. Apalagi kalau ulama' secara terang-terangan menunjukkan sikap betapa ia tak mampu "bertoleransi" dengan kesilapan ummat. Walhal kekadang "kesilapan" itu masih boleh diperbaiki dengan sedikit "senyuman ikhlas" dan tindakan yang penuh kesabaran.
2. Ulama' hendakklah tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan ummat.
Ulama adalah sumber rujukan kerana itu ulama' hendaklah berhati-hati dalam menyuarakan apapun kenyataan. Hatta seorang mufti sekalipun, tidak boleh menggunakan elite statusnya itu sebagai alasan ataupun landasan baginya untuk mengeluarkan kenyataan sesuka hatinya. Kalau ulama' boleh mengambil sikap hati-hati dalam mengeluarkan fatwa, sesuatu yang yang sukar dilakukan, mengapa sanggup mengeluarkan kenyataan murahan/cheap statement dalam perkara-perkara yang memang sudah terlalu "mudah".Bagaimana ummat reti "menjaga mulut" kalau ulama sedemikian tak reti "membawa mulut".
3. Ulama' tidak hanya arif dalam ilmu agama tapi juga dalam ilmu duniawi.
Agama dan masyarakat tidak boleh dipisahkan. Agama menjadi pedoman bagi masyarakat dalam menjalankan aktiviti seharian. Akan tetapi tidak semudah itu agama boleh diterapkan dalam masyarakat. Kerana itu, ulama' hendaklah menjadi "bagian" dari masyarakat itu sendiri supaya masyarakat mau menerima nilai-nilai agama yang ia bawa. Untuk menyatu bersama mastarakat, ulama' hendaklah memiliki kemahiran dalam aspek lain seperti perniagaan, penternakan,atau dalam bahasa lain yang lebih mudah difahami, ulama' hendaklah mempunyai sumber pendapatan lain, samada bekerja sendiri atau bekerja dengan orang lain, tidak semata-mata mengharapkan "status" nya sebagai jalan untuk "buat duit". Ramai tokoh-tokoh agama masa lampau yang berbuat demikian, diantaranya Muhammad Ja'far As Shadiq yang merupakan guru dari 4 orang pengasas mazhab hanafi, hambali,syafei dan maliki.
4. Ulama' tidak hanya pandai bercakap di pentas dakwah tapi juga mempraktikkannya dalam kehidupannya.
Alangkah naifnya ulama' yang "cakap tak serupa bikin". Selalu mengajak ummat untuk berbaik-baik dengan jiran, tapi sendiri cari pasal dengan jiran. Selalu menyerukan persatuan ummat, tetapi kerap membuat tindakan yang memecah-belahkan ummat.
Apapun, tanggung jawab sebagai ulama' bukan mudah. Anda suka atau tidak, segala kata-kata dan tindakan anda akan menjadi ikutan ummat. "Status" itu bukan sesuatu yang mudah digalas kerana bukan saja kelak anda harus mempertanggung jawabkannya di akhirat tapi juga akan mendapat "penilaian" dari ummat. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment