Awal subuh tadi saya menerima sms dari adik bongsu yang baru menyelesaikan pengajian perubatan di negara seberang: "Subhanallah ya allah allahu akbar,bila jika disamakan antara jam dan menit terjadinya gempa di Tasik, padang dan jambi dengan no surat dan ayat dalam al quran: gempa Tasikmalaya jam (15:04), gempa padang I jam (17:16),gempa padang II jam (17:58),gempa jambi jam (08:52). Ya Allah....ampunilah salah dan dosa keluargaku dan saudaraku, terimalah tobat kami. Amin."
Saya tak sempat bertanya lagi samada ianya original dari adik atau seseorang lain yang memforwardkannya. Saya pun tak berapa pasti adakah ianya satu kebetulan atau benar adanya keserupaan dengan ayat-ayat al quran yang dimaksudkan. Tapi sememangnya, seminggu selepas setiap kejadian gempa, saya selalu menerima "kabar" tentang "sesuatu" di sebalik gempa. Ada sebab religius mengapa Tuhan murka. Sesetengah benda boleh saya katakan benar sebab memang pernah nampak di depan mata, tapi selebihnya, hanya setakat mendengar perkabaran dari orang lain, bahkan terlalu kerap mendengarnya hinggakan rasa nak pecah telinga saya mendengar macam-macam maksiat yang orang buat. Na'udzubillah.
Apapun, janganlah pula kita mengata mereka atau beranggapan "padan muka mereka" sebab orang yang mati tidak semestinya berdosa kerana maksiat yang dibuat, mungkin Allah lebih menyayanginya, ingin menghindarkan dia dari adzab yamg lebih besar. Orang yang masih survive pula, tak semestinya suci tanpa dosa, mungkin Allah hendak mengujinya, untuk meninggikan derajatnya di akhirat kelak atau memberinya peluang kedua untuk bertaubat.
Ingat lagi dulu, ketika tragedi 911 di New York, ramai yang pada mulanya bergembira dan menyokong tindakan yang dilakukan oleh Al Qaeda dan Osama bin Laden. Laungan "padan muka Amerika", seakan menjadi simbol kemenangan umat Islam. Bahkan sebuah ayat Quran pula dijadikan rujukan untuk menghalalkan tindakan itu. Tapi tengok apa akibatnya setelah itu. Umat Islam di negara-negara sekular makin ditindas dan dihinakan, dianggap teroris.
Tidak ada yang salah pada Alquran. Semua yang ada di dalamnya adalah suci dan benar belaka. Tapi kita manusia yang dhaif ilmu ini yang kerap kali silap mengambil hikmah yang tersirat di dalamnya, bahkan ada pula yang berani menjadikan Al Quran sebagai landasan perjuangan mereka yang songsang, yang membenarkan pembunuhan dan penghinaan terhadap sesama umat Islam sendiri. Tidak semua orang di dunia ini yang dianugerahi kemampuan untuk mengambil inti hikmah sebenar dalam Al Quran, hanya orang-orang yang terpilih di sisi Allah sahaja. Kalau ada sesuatu yang menjadi pertikaian antara ayat Quran dan otak, maka sesungguhnya otaklah yang rosak dan salah sebab Quran tak pernah salah, ianya kalam Ilahi. Samalah juga kalau ada pertikaian antara Quran dan hadis, Hadis boleh salah sebab sanad terputus atau ada orang yang memalsukannya, tapi Quran selalu suci dari perkara sedemikian kerana Allah yang menjaganya.
Tak kira benar atau tidak kandungan sms di atas, hakikatnya kita boleh mengambil hikmahnya sendiri bahwa Tuhan menginginkan yang terbaik untuk umat-Nya. Setidaknya hati kita kembali "tergerak " untuk membelek-belek Al Quran yang mungkin selama ini hanya setakat jadi penghias meja atau lemari. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment