Condemn Israel!!!!!

Thursday, October 15, 2009

No Land's Men:Di mana semangat 1 Malaysia?

Dua hari lepas saya membaca sebuah berita pendek dalam akhbar Utusan mengenai "bekas rakyat" Malaysia yang tak keruan lagi taraf kerakyatannya di Britain. Saya juga sempat menonton komen Datuk Sri Hishamuddin Tun Husin mengenai perkara ini. Amat mendukacitakan. Yang dikejar tak dapat, yang dipegang telah pun dilepaskan.

Tapi kan kalau lah boleh saya nak komen sikit, rasanya tak rugi kalau kerajaan Malaysia "ambil balik" mereka ini. Saya dengar ramai diantara mereka sebetulnya adalah tenaga profesional. Kerajaan boleh memanfaatkan skill dan "pengalaman pahit" mereka untuk lebih memajukan negara ini.

Mungkin ada di antara kita yang menganggap mereka ni selabel dengan "pengkhianat negara" kerana dulu terhegeh-hegeh tak nak jadi rakyat malaysia lagi. Tapi kan ada satu perkara yang patut menjadi renungan. Tak kira mereka nak berlari ke hujung dunia sekali , pun hakikatnya Malaysia tetap di hati mereka. Pada akhirnya mereka akan kembali mencari dan rindukan jati diri Malaysia dan pada akhirnya mereka juga tetap mengasihi ibu bapa, keluarga dan rakan handai serta semua di Malaysia yang menjadi asal- usul kehidupan mereka. Ibarat seorang anak yang marahkan ibu bapa kerana kemahuannya tidak diberikan. Tak kira marah macam mana pun hakikatnya mereka tetap menyayangi si ibu bapa. Walaupun berat mulut si anak nak minta maaf, tapi kemaafan dari si ibu bapa lah yang paling dinanti.

Kerajaan Malaysia pula..........ibarat ibu bapa yang marahkan anak. Tak kira marah mana pun mereka pada si anak...di maki, dipukul dan dihalaunya si anak, pada hakikatnya hati mereka merintih dan menangis inginkan si anak kembali ke pangkuan. Demikian jugalah hendaknya kerajaan Malaysia ini .Tak salah berbudi kepada "bekas rakyat" ini. Yakinlah budi yang ditabur, berkah pasti berlipat ganda. Wallahu'alam.

No comments: