Frame 1
Orang kata Raya tahun ni tak berapa meriah. Mungkin kerana tempias krisis ekonomi yang belum lagi sampai di penghujungnya. Tengok sahaja ketika bulan puasa, bazar Ramadhan tak berapa ramai dengan peniaga dan pembeli. Kebanyakan peniaga lebih suka ambil jalan selamat. Tak mau niaga sebab bimbang rugi lagi macam tahun lepas atau mungkin untung yang didapat takkan berapa padan dengan kepayahan yang diberi. Bagi pembeli pula, walau sekupang dua pun dalam krisis macam ni dikira duit juga. Elok masak sendiri, cari apa yang patut untuk sekadar berbuka puasa dan sahur. Dah bukan lagi masa untuk membazir. Apa yang ada dimakan, yang tak da, jangan dicari.
Ketika menjelang raya pula, walau shopping centres tak pernah sepi, nyata pembeli berkurangan. Dua tiga tahun lepas, ada saja time hujung minggu, mesti penuh sesak mulai dari tepi jalan hinggalah dalam shopping centres, tak kiralah berkelas kah kaki lima. Tapi tahun ini, peniaga lesu, pembeli pun apalagi. Habis berbuih mulut peniaga menjaja barang pun, pembeli seakan memandang sebelah mata. Bukan kerana sombong, tapi dok pikir cukup kah tidak wang dalam poket. Walau besar keinginan nak membeli, nyata hakikat tak berapa berduit jadi penghalang.
Frame 2
Entah sejak bila, duit raya menjadi kesukaan ramai. Seingat saya, 7 tahun lepas pun sesetengah budak akan complain sakan kalau dibagi duit sekupang dua. "alamak, lekehnya oi...." tak malu depa bagi komen macam tu pada si pemberi duit raya. Apalagi, sejak saat itu, bagi duit raya pun la ni dah standard seringgit. Tak boleh kurang. Lebih lagi dicari. Yang paling menakutkan, ada pula sesetengah budak yang menjadikan duit raya sebagai "job". Ambil contoh di Sungai Petani, Mak mentua saya dah berapa kali terkena. Pantang nampak pintu pagar terbuka, ada sahaja budak yang masuk minta duit raya, Kita offer makan biskut pun tak mau. "Nak kutip duit raya" katanya. Walhal, si budak ni entah siapa-siapa. Anak jiran bukan , anak saudara pun bukan. Yang lebih risau kalau yang mai nak duit raya bukan lagi budak sekolah rendah tapi dah kira dewasa juga seumur budak tingkatan 4 atau 5. Tanpa segan silu mai minta duit raya juga? Alahai, tak reti budi bahasakah? Duit raya ni sebetulnya bermotifkan sedekah yang ikhlas dari tuan rumah atau dah jadi sumber rezeki buat orang-orang yang tak bermoral dan dahagakan duit semata-mata?
No comments:
Post a Comment