Pulau Sumatera Pulau Jawa
Berjiran dengan Semenanjung Malaysia
Ramai manusia inginkan kuasa
Sanggup berbuat apa sahaja
Sabah Serawak negeri nan Indah
Tambahkan seri Negara Malaysia
Kalau hasrat hati tak bernoktah
Bimbang nafsunya kian bergelora
Gunung kinabalu Gunung Santubong
Tinggi menjulang hendak dijejak
Kuasa diharap boleh dilombong
Segala daya semakin rancak
Perlis Johor jauh berbatu
Panjang jalan penuh berliku
Pabila kuasa diguna tanpa ilmu
Khidmat diberi bagaikan debu
Utara Selatan tak bersebelahan
Timur Barat tak berdekatan
Ingatlah Kuasa amanah Tuhan
Jangan ia disalahgunakan
No comments:
Post a Comment