Condemn Israel!!!!!

Sunday, August 17, 2008

Ketika Nama ALLAH tak mampu menjadi Jaminan

Teringat saya pada satu film dari Indonesia bertajuk Sumpah Pocong, yang popular dalam era 80-90 an dibintangi oleh Rano Karno. Masa tu saya baru nak menginjak usia remaja. Nak dijadikan cerita film tu mengisahkan seorang laki-laki dan seorang perempuan yang dituduh berkhalwat, zina. Untuk membuktikan kesucian mereka sedia menjalani ritual sumpah pocong dimana mereka perlu mandi wajib, berwudhu lalu dengan badan dibalut kain kafan ala jenazah yang nak dikebumikan mereka bersumpah di depan Quran tentang kesucian masing-masing.

Cerita itu diangkat dari ritual keagamaan Jawa, untuk membebaskan seseorang dari tuduhan berat yang dilemparkan padanya. Benar atau tidak, dikatakan adzab yang berat kepada orang yang berbohong akan serta merta nampak dalam masa 24 jam. Ritual ini amat jarang dilakukan, itu menurut sumber-sumber yang saya ketahui. Sebab selain mengaibkan juga tak sanggup memerima hukuman terus dari Allah di dunia ini. Kalau pencuri, mengaku sajalah. Kena belasah itu biasa. Lebih kurang begitulah pendapat sesetengah orang yang menolak ritual ini.

Sedikit saya nak mengaitkannya dengan kes liwat syaiful vs anwar. Ketika awal-awal lagi kes itu muncul ramai yang mencadangkan sumpah laknat. Untuk menunjukkan siapa yang benar dan siapa yang salah. Yang salah tentu akan lari serta merta. Tetapi setelah Syaiful bersumpah laknat, timbul pula pertikaian , sumpah tu tak sah, kerana dalam islam tak ada sumpah sambil pegang Quran. Allahurobbi, pening kepala dibuatnya. Ingatkan dengan tindakan Syaiful itu, habislah cerita ternyata panjang lagi ceritanya.

Apapun yakinlah kita semua bahwa kebenaran akan nampak pada akhirnya. Ada kabar angin yang mengatakan Syaiful bersumpah di bawah tekanan pihak tertentu,benar atau tidak hanya Allah yang tahu. Marilah sama-sama kita doakan kebaikan untuk mereka berdua. Yang haq itu haq, yang bathil tetap bathil. Wallahu'alam.

No comments: