Entah sudah berapa puluh kali saya menonton film -film lakonan dan arahan Tan Sri P. Ramlee. Satu ketika dulu pernah saya bertikai dengan minda sendiri. Apalah hebatnya film beliau itu. Dah lah hitam putih, banyak muzik dan lagu. Boring pun ada. Yang paling menghairankan, sebut saja nama P Ramlee, my parents jadi begitu bersemangat, nostalgia masa muda-muda dulu katanya. Tak kira di Malaysia atau di Indonesia ia menjadi pujaan. Tapi kan, seiring dengan perjalanan usia dan kematangan berfikir, barulah saya sedar ternyata begitu banyak nilai yang terkandung di dalam karya-karya beliau. Penggunaan bahasa yang simple, bersahaja dan sopan tetapi mengena memang memikat. Bukan itu saja, konflik yang dihidangkan pun sebenarnya real dan berlaku sepanjang zaman, terpulang kepada penonton, mampu mengambil iktibar atau tidak. Jalinan ceritanya pun mudah difahami, lebih mudah kalau nak dibandingkan dengan telenovela atau sinetron atau bahkan drama-drama Melayu sendiri. Bukan saya nak kutuk melayu pula, tapi tersimpan sedikit harapan semoga kelak industri film dan drama tanah air bukan setakat tayang dada dan paha, bukan setakat mempertontonkan vandalism dan bukan setakat menjual mimpi yang sememangnya terlalu jauh untuk dijangkaui.
Dalam satu filmnya di mana P Ramlee berlakon sebagai Tun Nila Utama, putra Mahkota Putra Cendhana, yang hendak mencari calon isteri, ada beliau sebut perempuan dan betina itu berbeza. Perempuan bermaruah tetapi betina tidak.
Sebut saja betina, mungkin yang bermain dalam fikiran kita, ia adalah haiwan. tapi jangan terkejut kerana di sesetengah tempat penggunaan kata betina adalah lazim, sebagaimana juga penggunaan kata jantan. Bezanya mungkin pada nilai emotif/ nilai rasa, dimana kalau sebut jantan, menunjukkan seseorang itu macho.
Apapun yang hendak saya huraikan di sini bukanlah nak pertikai 2 kata tersebut. Apa yang pasti, tak kira sebutannya perempuan, betina atau wanita, orang-orang yang tergolong dalam gender ini hendaklah menjaga maruahnya. Sedih sekali rasanya bagaimana sekarang pemakaian tudung seakan dipersenda. Hak asasi katanya, tak boleh paksa-paksa. Walhal itu adalah hukum tuhan. Makin sedih pula ada yang sanggup berbuat tak senonoh (tak kira lah dalam keadaan sorok-sorok atau di depan publik) seperti berkhalwat, walhal dia pakai tudung. Di mana mereka letak imannya?
Memang betul pemakaian seseorang tidak menentukan seberapa besar iman di dadanya. Tapi itu bukan alasan untuk menanggalkan tudung. Tapi janganlah pula tudung disalah gunakan untuk berbuat maksiat di hadapan Allah.
Pada asasnya, kalau anda nak orang lain hormatkan diri anda, maka anda harus hormatkan diri anda sendiri dulu. Jagalah maruah anda sebelum orang lain mempersendakannya.
No comments:
Post a Comment