Condemn Israel!!!!!

Thursday, August 14, 2008

Khalid Ya Khalid

Sejak menjadi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerap mengeluarkan kenyataan dan idea yang bukan hanya bagi sesetengah orang tapi kebanyakannya menganggapnya sebagai sesuatu yang pelik dan tidak populist.

Mungkin anda tidak perasan, tapi sebenarnya itulah yang dinamakan dengan open democracy atau public democracy. Ertinya, pemimpin mengeluarkan raw idea tau idea mentah dan "melemparkannya" terus kepada rakyat untuk mengetahui sejauh mana tindak balas rakyat terhadap isu tersebut dan dari "hasil" yang didapat itu pulalah pemimpin akan menentukan langkah yang bagaimana untuk menambah baik atau memyelesaikan masalah-masalah yang sedia ada berkenaan dengan isu tersebut.

Teknik politik ini sekarang amat jarang dijumpai dan diguna pakai, kerana bukan saja sang pemimpin harus sedia "menebalkan muka" tetapi juga berhadapan terus dengan "reaksi" rakyat. Tidak ramai pemimpin yang sedia berdepan dengan kebencian dan kemarahan rakyat semata-mata ingin mengetahui apa yang terbuku di hati mereka. Maka dalam politik sendiri adalah wajar jika pemimpin enggan meminta maaf kepada rakyat, kerana apa yang "dilemparkannya" hanyalah "uji kaji atau independent polling" semata-mata. Melalui teknik politik ini pula, pemimpin boleh menilai tahap kedewasaan politik dan berpikir rakyat. Mampukah rakyat menghadapi sesuatu yang tidak mereka sukai dengan lapang dada dan menyelesaikan masalah tersebut dengan kepala dingin. Atau pantang saja ada idea yang "pelik" rakyat akan terus tunjuk "garang".

Apapun, rasanya tidak salah kalau pemimpin menggunakan teknik ini dalam berpolitik. Tapi. elok jangan kerap sangat. Bagi negara-negara "tebal muka" macam Amerika Syarikat, tentulah ia dianggap sesuatu yang biasa. Tapi Janganlah kita nak berkiblat ke sana pula. Negara ini punya ciri dan keistimewaan sendiri. Tak akan pernah sama dengan negara lain, hatta dengan negara-negara jiran seperti Indonesia dan Singapura. Kalau nak mengemukakan raw idea eloklah bincang dulu dengan orang-orang yang arif dalam bidangnya. Ada sesetengah perkara yang rakyat tak kan faham dan memang tak mau faham. Jangan salahkan rakyat sebab mereka hanya nakkan hak mereka, bukan ditindas.

No comments: