Polyandry adalah satu bentuk perhubungan antara satu female dengan banyak male. Sengaja saya tidak terjemahkan male dan female kerana polyandry wujud bukan hanya dalam dunia haiwan tetapi juga manusia. Ada banyak artikel mengenai polyandry. Tetapi yang saya nak bahas sedikit di sini bukanlah mengenai polyandry itu sendiri, tetapi gejala ala polyandry yang berlaku dalam masyarakat kita.
1. Playgirl
Sebut saja playboy, ramai yang boleh menangkap maksudnya. Tetapi playgirl pula agak jarang , bahkan ada yang menganggapnya kes terpencil saja. Meskipun demikian impak kes-kes seperti ini cukup besar terutama untuk generasi kita yang akan datang. Maruah wanita seakan begitu mudah digadaikan. Kebanyakannya seseorang menjadi playgirl kerana 2 sebab:
a. pernah dikecewakan kekasih, yang bercinta dengan perempuan lain;
b. pernah "terlanjur" dengan kekasih sehingga merasakan dirinya terlalu hina untuk memulakan perhubungan baru yang sihat dan baik
2. Istri curang
Percaya atau tidak ramai juga kes ini berlaku dalam masyarakat, tetapi mungkin tak berapa "di
angkat". Mungkin kerana dianggap isu sensitif yang mengaibkan. Kebanyakannya istri berbuat curang kerana:
a. nak balas dendam pada suami yang mungkin telah "memadu"nya atau
b. kerana suami terlalu sibuk dengan kariernya atau
c.sang istri sendiri sudah berada di kemuncak kejayaan dimana ia tak tahu benda apalagi yang ia perlukan kerana semua sudah ada (istilah orang sekarang "sindrom mak datin", kerana banyak berlaku di kalangan wanita kelas atas)
d. suami tidak mampu memberikan "kepuasan" pada sang istri.
Apapun,saya menyeru kepada semua pihak, marilah kita berganding bahu menyelesaikan masalah ini. Tak ada masalah yang tak dapat diselesaikan , asalkan hati yang lapang dan kepala dingin dipergunakan. Kembalikan segalanya kepada hukum Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi hamba- Nya. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment