Ada ura-ura yang mengatakan akan menjadikan Badan Pencegah Rasuah sebagai suatu badan yang bebas, tidak terikat mana-mana kepentingan. Saya pikir itu adalah cadangan yang cukup bernas, kalau lah benar Malaysia sungguh-sungguh hendak membasmi penyakit masyarakat ini.
Sehubungan itu saya fikir ada beberapa perkara yang patut dipertimbangkan:
1. BPR sebagai suatu badan yang bebas hendaklah mempunyai sumber kewangan tersendiri. Bagaimana prosedurnya itu boleh kita bincangkan nanti. Apa yang penting adalah sebagai sebuah badan yang bekerja dalam bidang yang mencabar ini, kita menginginkan orang-orang yang terlibat di dalamnya mempunyai kewangan yang stabil,tak payah risau macam mana nak "survive".Bimbanglah pula kita kalau justru orang-orang BPR sendiri terlibat rasuah kerana punca rezeki yang tak memuaskan. Tetapi janganlah pula menjadikan BPR seolah "terikat" dengan mana-mana pihak kerana sumbangan material yang diberikan. Kalau sudah begitu, bukan badan bebas namanya.
2. Menjadikan ulama' sebagai sumber rujukan dan berperanan aktif secara langsung dalam BPR.
Saya yakin ramai ulama'diluar sana yang bukan saja berkaliber dalam bidang agama tapi juga berkemampuan dalam ilmu-ilmu kontemporari seperti kewangan. Menjadikan mereka sebagai rujukan adalah penting kerana Malaysia sendiri sudah diiktiraf sebagai negara Islam dengan Islam Hadharinya. Tentu kita tak mau negara ini menerapkan cara sekuler yang memisahkan agama dari mana-mana bidang lainnya.
3. Melakukan sistem follow-up terhadap penjenayah-penjenayah rasuah.
Kalau di pusat serenti, selalunya "peserta" akan dibekalkan dengan kemahiran hidup setelah ke luar nanti, maka tak salah rasanya kita membuat cara yang lebih kurang sama. Bezanya adalah kita perlu membantu mereka mencari ruang dan peluang baru dan halal untuk masa hadapan mereka. Bukan setakat terima hukuman lalu bebas dengan skill yang serba terbatas. Bantuan secara moral juga diperlukan agar mereka tak menjadikan rasuah itu sebagai jenayah "ringan", yang tak salah kalau nak dibuat lagi. Tentu saja sistem follow up ini memerlukan kerjasama dari banyak pihak untuk menjamin keberkesanannya.
No comments:
Post a Comment